Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative bizness shopee

17 Desember 2019

Jangan Mudah Menilai Orang

Sebagai seorang lelaki dan juga ayah kepada 5 orang cahaya mata, kadangkala banyak memendam perasan dan suatu ketika 'makan hati', bila ada orang perempuan yang berkata, ' Bang lihat orang itu ! , lihat jiran tu! , lihat kawan kawan saya itu!, berjalan sana sini, makan tempat 'high class' , pakai beg berjenama, pakai baju mahal mahal, mesti diorang banyak duit kan. Bukan tiada wang, tapi aku lebih selesa selesaikan perkara yang penting dahulu (bayar tunggakan dan bil bil), agar tidak susah di kemudian hari, lebihan duit, hah, tak payah sebut jiran la, orang tu la , jom! kita pergi! haha ..Sebagai seorang lelaki dan juga ayah kepada anak anak, tiada siapa ayah pun di dunia ini, yang 'tergamak' nak lihat keluarga nya kelihatan 'susah' , semua insan yang bergelar ayah atau suami sentiasa mahukan yang terbaik. Hidup kat Malaysia ni, dah macam hidup zaman inflasi, harga barang lebih tinggi dari pendapatan...! Semua benda nak kena bayar....bil warisan, bil smart meter, bil indah water, bil pintu, bil itu ini...! bil ! bil ! bil ! adoi....

Kalau lah ada duit....semuanya boleh. Jangan lihat pada orang sekeliling yang nampak lebih 'senang' tapi...(sambung sendiri), aku sentiasa motivasikan diri sendiri setiap hari dengan melihat kehidupan manusia yang mana lebih susah...agar aku belajar lebih bersyukur, sehingga terdetik di hati, oh ada lagi yang lebih susah dari aku rupanya, kalau kesempitan, inshallah ada jalan dan di permudahkan. Insha Allah.


Kelakar juga pada suatu ketika dahulu, ada seorang rakan yang selalu kerap posting berita dirinya di facebook, kerap la update, memang kelihatan bahagia, contohnya seperti travel dan makan di tempat yang berstatus datuk tan sri, tapi hutang rakan buat diam tak bayar, masih ada kah yang berperangai begini ? Dan baru baru ini , ada seorang rakan yang kelihatan 'mewah', katanya bonus tinggi 5-6 bulan, tapi sepanjang menetap di rumah, tidak pernah bayar cukai taksiran, dan situasi menjadi kritikal apabila rakan tu terima surat mahkamah...bayangkan kalau dah hanpir 15 tahun tak bayar cukai rumah....ermm itu tak termasuk denda..! (Wife tak tahu perkara ini pun haha).

Apa pun jangan menilai kehidupan orang dari luaran, kita tak tahu masalah dalaman nya pula seperti tadbir urus kewangan keluarga dan sebagainya...

Apa pun, bila ada duit, selesaikan perkara yang penting dahulu, laksanakan keperluan asas yang utama, tunaikan tanggungjawab mana yang patut di dahulukan, barulah keperluan kehendak kita, suatu ketika, kita perlu mendengar 'masalah orang' untuk menjadi inspirasi dalam kehidupan kita, biar kelihatan susah, kalau semuanya hutang, bil apa yang patut di bayar selesai, belanja untuk diri dan keluarga apa yang ada, jangan nak nampak kan 'like' pujian manusia, nampak gah di mata manusia, walhal, hutang sendiri pun tak selesai...!Fikir fikirkan lah..

Orang kaya dekat instagram pun, duit banyak gila, hati tak tenang....biar wang tak banyak, asalkan tenang tenang sahaja....! Perkara pelik yang aku tak buat apa yang netizen buat di facebook, ialah kalau sekali sekala makan mewah atau berjalan, tidak update di facebook. Sebab takut menimbulkan dukacita dan salah faham netizen...haha, itu lebih elok kot..

Anda Mungkin Meminati :

4 komentar:

  1. dekat media sosial biasa memang tunjuk perkara yang gembira sahaja

    BalasHapus
    Balasan
    1. Lebih banyak sedih dari gembira, dan lagi sedih sebenarnya , kebahagiaan itu tidak pernah wujud pun, dan fake.

      Hapus
  2. Tak apa Saf..kita berada di jalan yang betul..inshaAllah kita kena yakin ada kebaikan apa yang kita buat..

    BalasHapus
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu, faham apa yang saya nak sampaikan

      Hapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih