banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

24 Desember 2019

Menu Lunch Hari Ini

Hari ini tak keluar makan lunch, walaupun hati gembira sebab facebook dah tak block url blog, tapi entah la, sejak dua tiga hari ini rasa macam malas nak keluar pejabat, tak tahulah kenapa, masa berlalu begitu pantas, rasa macam baru datang kerja, bila tengok jam, eh, sekejapan dah pukul 3.30 petang, memang cepat masa ! memang masa mencemburui kita, di kesempatan yang tak berapa cukup ni, gigihkan dam usaha juga lah untuk siap kan kerja koding dan design di pejabat, esok dah cuti krismas, maklumlah akhir tahun, memang busy gila...pening, dengan mesyuarat lagi..!

Semua benda nak kena siapkan cepat, seperti esok dah nak kiamat, semua keputusan nak kena buat, sebelum cuti krismas, nak kena buat design krismas la, ucapan tahun baru la, itu la ini la, hasil kewangan nak kena key in dalam sistem, Kadang kadang migrain bila terlalu memikirkan hal kerja, kena siapkan juga, sebab selagi kerja tak siap, takut terbawa bawa nanti di rumah, rosak mood cuti nanti! Kebetulan ada kawan nak ke aeon jusco masa lunch, sempat kirim diorang sotong goreng, minta mereka beli kan...


sotong goreng lunch hari ini
Sotong

Sotong goreng ini sedap di makan ketika membuat kerja IT programming (bagi aku), teknikal dan design...haha, sambil buat kerja koding sambil mengunyah sotong goreng..fuh memang ranggup..! Cuti cuti, duduk di rumah..goreng keropok ikan tamban...cicah sos, tengok televisyen...fuh! Mantap!

Suka makan Baby Octopus di shushi king, ala..yang sepinggan tu ada timun jepun dan kepala sotong..haha...sedap tu..dengan sos dia...

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih