banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

9 Desember 2019

Menu Yang Sama Harga Berbeza

Orang melayu memang terkenal dengan budi bahasa nya dan kesopanan dan kesusilaan, penyabar dan semua sifat sifat kebaikan, kalau kau hormat dan layan orang baik, kau akan dapat harga murah...(bergantung), tapi jangan buat kat KFC atau Mc Donald lak..haha, harga dah fix tu. 

Begitu juga di kedai makan, aku pun kadang kadang marah juga, bila berjam jam tunggu, perut dah lapar, tapi pekerja kedai tak ambil order lagi, nak kena panggil baru datang, bagaimana anda ? bila berhadapan dengan situasi begini? Marah? Mengamuk? Angkat kaki jalan ? Kalau aku, angkat kaki jalan, malas nak panjang cerita, lagi banyak bercakap dan berdebat, banyak la pula nanti tindakan yang lain pula...kan?  Kalau marah marah masa order makanan, takut harga masa kira nanti kena tekan mahal, hah..menyesal pun tak guna. 



kesopanan dan kesusilaan
lihat harga itu

Mudah sahaja, tiada siapa yang betul atau salah, masing masing ada ego, sifirnya mudah, you give respect, you get respect. Itu bagi aku lah...

Aku pernah kerja di kedai makan baik yang tahap restaurant mahupun warung biasa, tiada istilah customer is always right , yang aku buat ialah, sopan santun dan beri pandangan pada pelanggan. Bila sopan dengan pelanggan, inshallah pelanggan akan datang lagi, di tambah lagi menu pula sedap, bila selesai makan, masa nak kira bil pun , customer siap kata keep the change...peh! Nampak tak keuntungan pada kau di situ..? 

Pelanggan adalah rezeki , treat them well, jangan kurang ajar...inshallah, what you give, you will get back, kalau duit customer tu cukup cukup untuk bayar bil menu mereka, at least diorang tunjukkan dengan kemaskan dan susun pinggan elok elok sebagai tanda puas hati dan berterima kasih. Geram juga bila fikirkan kisah yang berlaku di sebuah kedai nasi lemak popular di sekitar stadium malawati ketika baru pulang lihat konsert transedence butterfinggers. Berjam tunggu makanan sampai....kesabaran dah sampai kemuncak...aku pun tanya pada budak yang ambil order tadi..' dik makanan saya belum sampai lagi ni' , budak tu jawab dalam keadaan mata dia pandang tempat lain, makanan dah habis. Huh itu je ayat dia?...memang sakit hati masa tu, dalam keadaan lapar, aku tahan sakit hati ini, dan angkat kaki jalan, memang tak akan pergi lagi ke kedai tu...confirm! Apa punya pekerja, takda akal ! Langsung tak fikir perasaan orang yang dah lama menunggu. Belajar lah cara cara mengambil hati pelanggan! Boleh baca kisah Perut LaparTerus Jadi Kenyang

Belajar lah menghargai orang dan layan sesiapa dengan baik jangan buruk sangka, faham situasi orang lain, inshallah hidup kita akan bahagia.

Patutlah, bila nak kira bil, mahal, rupa rupanya , cara panggil pekerja kedai pun macam tikus dan sombong tegas...haha. Cuba ubah cara kata treat orang...kau layan hormat orang baik, kau dapat harga murah! Haha ,Baru lepas, makan tengahari di warung dekat pejabat..biasa rm 5.00 je..tapi hari ini, rm8.00. Menu yang sama, harga berbeza...oh! Mana silapnya tu...


Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

  1. kalau pelayan tak layan...kita blah jelah

    lebih baik dari merungut dan sebagainya

    BalasHapus
  2. mahal ikut harga pound tu

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih