banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

13 Desember 2019

Nasihat Untuk Diri Sendiri

Dah hidup hampir 35 tahun di muka bumi ini, dah faham la sikit perangai manusia, ada macam macam jenis sifat dan karakter, masih lagi dalam proses pembelajaran untuk penambahbaikan dalam kehidupan, dalam proses ke arah penambahbaikan itu, aku belajar untuk menerima,memberi,buang sikap buruk sangka, pura pura bebal, dan sentiasa bertanya terlebih dahulu dan tidak melulu dalam membuat keputusan, dan memerhati (observation) orang sekeliling. Bukan 'memilih' dalam berkawan, tetapi pilih lah yang berkualiti, sentiasa positif dan tidak prejudis antara satu sama lain, jika tidak suka, tegur dan belajar menghargai. Bukan membabi buta mengiyakan apa yang orang lain berkata tentang kita, dengan alasan majoriti sekolompok (yang negatif) menyokong. Ada akal boleh boleh fikir. Belajar lah buat keputusan untuk masa depan diri sendiri, bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri kita juga. Jangan biarkan ketakutan menghalang impian dan kebahagiaan hidup kita.
 
Setiap orang ada sisi baik dan buruk mereka, belajar untuk memahami situasi orang lain dahulu, masing masing mempunyai kehidupan yang berbeza. Tuhan kurniaan kan Akal dan Fikiran tu, dengan tujuan untuk menilai, memahami, mentaksir, mengolah, apabila menerima sesuatu berita, kaji dan selidik berita itu sebelum menyebarkan berita itu. Lain orang, lain pemahamannya. Boleh baca di SINI



Yang part pura pura menjadi bebal tu (sedangkan kita sudah tahu cerita sebenar), memang kelakar, dari situlah kita dapat lihat karakter sebenar kawan kita tu, tapi jangan la kita membuat kesimpulan dalam menilai dan mengaibkan dia pula, itu tidak elok. Dalam aktiviti keagamaan pula, masing masing ada pandangan, fahaman dari rujukan sumber sumber terdekat mereka, akibat ketaksuban yang melampau, masing masing mengeluarkan pendapat mengikut kefahaman masing masing.

Apa bentuk kenyataan sekalipun dari sumber rujukan di internet, jurnal, hadis, atau apa pun sekalipun baik untuk tujuan atau berkenaan aktiviti beribadat, agama, hal pekerjaan, hal rumah tangga, hal kesihatan diri, selidik dahulu, pastikan benar, sentiasa murujuk pada orang yang lebih faham, kerana ia boleh menentukan hala tuju dan sifat diri kita...nasihat ini adalah untuk diri sendiri juga sebagai panduan. 

Ah, sebenarnya aku cuma nak tulis pasal topik hipokrit..orang yang depan baik, belakang tikam oh, itu lebih tepat ?  atau melaung laungkan sesuatu, tapi tak mencerminkan diri yang sebenar..! tepat kah itu ? Tertarik juga dengan pendapat rakan berkenaan topik agama, 'lebih baik menjadi ahli maksiat, dari menjadi baik padahal menjadi penunggang agama, agama di gunakan untuk melariskan perniagaan' , kerana apa ? kerana, ahli maksiat memang sudah terang lagikan bersuluh, perbuatannya menuju ke arah dosa, dari orang yang lihat seperti alim, padahal sebenarnya mengikut kefahaman sendiri tanpa mengikut Alquran dan Hadis Sahih, dan menuduh, menyampaikan hadis palsu dan mengelar seseorang dengan ayat ayat yang boleh menimbulkan fitnah.

Itu adalah realiti dan berlaku kini dalam kehidupan kita, Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, ‘Kaum Yahudi telah terpecah menjadi tujuh puluh satu (71) golongan atau tujuh puluh dua (72) golongan, dan kaum Nasrani telah terpecah menjadi tujuh puluh satu (71) atau tujuh puluh dua (72) golongan, dan ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan.....fikir fikirkan lah, 73 pintu, 73 jalan, yang sampai hanya satu jalan....renungkan bersama.. It is better to be an outspoken atheist than a hypocrite.

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih