Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

29 Januari 2020

Lihat Cermin Di Awal Pagi

Malas betul nak pergi kerja hari ini, biasanya bersemangat bila di awal pagi, tapi pagi ini, macam takda mood selepas hantar anak ke sekolah, entah la, tak pasti kenapa, tapi sebagai manusia yang normal, situasi seperti ini adalah perkara biasa, ada sahaja kejahatan syaitan yang membisik di telinga supaya jangan melakukan ibadah, tapi bila fikir kewajipan untuk mencari rezeki demi keluarga, kita lawan perasaan jahat itu dan fikir semula, bersiap siap dan acah pura pura gembira di awal pagi demi keluarga.

Bos lama pernah beritahu, kalau bangun pagi, terus pergi Lihat Cermin Di Awal Pagi, kalau perasaan gembira bersemangat, terus pergi kerja, kalau tengok cermin pun rasa malas nak pergi kerja, sambung tidur balik dan berhenti kerja terus, bagi laluan pada orang lain yang lebih memerlukan kerja ini. Sebenarnya dah bangun pagi, sebab nak hantar zeref rayyan ke sekolah, tapi lepas hantar dia ke tadika, terus tarik selimut semula, sambung tidur. Cuaca mendung sejuk awal pagi ini tanda tanda nak hujan, apa yang tak best nya wei sambung tidur semula. haha.


Anda Mungkin Meminati :

27 Januari 2020

Cara Cara Untuk Mendapatkan Bahan Rujukan

Baru dapat tahu pasal google dataset search di facebook, Itu untungnya bila kita ada media sosial seperti facebook, artikel yang di kongsikan bergantung pada kualiti rakan yang kita terima jadi rakan, Kalau berilmu rakan itu, makan artikel yang di kongsikan itu juga mampu memberi manfaat pada kita, baru tahu pasal Cara Cara Untuk Mendapatkan Bahan Rujukan seperti jurnal dan tesis, berguna sebagai rujukan, tanpa rujukan sumber, assignment atau tesis projek kita mungkin tidak mendapat markah yang memuaskan oleh pihak universiti, boleh mendapatkan juga carian bahan rujukan di e-library universiti bergantung pada pihak Universiti, ada yang sudah subscribe full jurnal.

Kelas bengkel rujukan akademik masih di teruskan, jika ada yang berminat boleh hubungi saya secara whats app atau hubungi terus. Kelas ini, lebih kepada cara cara untuk meletakkan rujukan dan memetik siapa penulis itu, kandungan tesis atau assignment, mestilah meletakkan citations rujukan untuk menyokong hujah tugasan kita. baru lebih berilmiah dan di bahagian belakang references pula, perisian akan secara automatik meletakkan rujukan sumber dari mana mengikut tahun, siapa penulis itu, muka surat jurnal atau dari laman web, mengikut APA Style seperti yang di tetapkan pihak universiti. Lebih menjimatkan masa menyiapkan assignment atau tesis.

Lepas ni dah tak perlu panik sebab assignment tak siap, kumpul dan cari bahan bahan rujukan dahulu, dah ada bahan bahan, dalam masa dua-tiga hari, siap assignment. Boleh baca pasal penulisan akademik di sini.


Anda Mungkin Meminati :

Catuan Air Di Negeri Melaka

Pada 29 Januari 2020 seluruh kawasan di negeri melaka terlibat dalam proses catuan air kecuali di kawasan pelancongan. Kemana hilangnya air dan apa tindakan di pihak kerajaan negeri ? Aku pun tak berapa nak faham, tapi kalau diikutkan sifat kerajaan sekarang ini, sudah semestinya tuding jari pada kerajaan terdahulu, biar tiada elektrik asalkan jangan tiada air langsung, rosak semua program, dengan cuaca panas, wabak jangkit berjangkit lagi,  Tapi kalau boleh biarlah semuanya ada (air dan elektrik), barulah harmoni dan sejahtera kehidupan, tak payah lah sampai nak buat Catuan Air Di Negeri Melaka , yang di risaukan macam mana la anak anak nanti nak ke sekolah dan urusan harian mereka.

Satu hal lagi nak kena tadah air berbaldi baldi dan nak kena beli baldi bersaiz besar, tak boleh nak bayangkan lah kalau tiada air, segala urusan pasti tak menjadi, rasa nak buat gali air dari bawah tanah, sudah pasti menyelesaikan masalah air dan sebagai sumber tambahan (backup resourses). Boleh baca di sini, berkenaan tubewell drilling


Anda Mungkin Meminati :

23 Januari 2020

Segmen Blog Review Edisi Ke-2

Salam dan selamat sejahtera semua, hari ini nak buat Segmen blog review edisi yang kedua tujuannya ialah bukan semata mata nak mencari kesalahan , tapi lebih kepada mengukuhkan silaturrahim sesama kita, memberi idea membina dan paling utama sama sama dapat meningkatkan trafik blog masing masing. Untuk melihat segmen blog review edisi yang pertama sebelum ini, boleh layari artikel tersebut di SINI. Blog bukan semata mata sebagai saluran untuk kita meluahkan pendapat, perasaan, berkongsi maklumat perniagaan, pembelajaran, malah boleh juga di jadikan sebagai e-library kita. Gunakan blog dengan cara yang betul, dan kekalkan kebaikan blog anda supaya lebih relevan dan medium terbaik untuk menyampaikan maklumat, berkongsi cerita semasa dan ilmu.  

Kepada rakan rakan blog yang minat dan sudi menyertai Segmen Blog Review Edisi Ke-2 kali ini, boleh ikuti syarat mudah, memang sangat mudah, hanya perlu like page facebook saya di Sini. Tarikh tamat segmen pada 31 Januari 2020. Jika banyak penyertaan segmen blog review edisi kedua kali ini, blog korang akan di review satu persatu dan korang perlu muat turun fail dokumen pdf,  cara keputusan di paparkan adalah sama seperti segmen edisi yang pertama.


Anda Mungkin Meminati :

22 Januari 2020

Sedekah Beri Orang Makan

Salam dan selamat pagi semua, di harapkan semua sihat hendaknya, sibuk pagi ni di pejabat, banyak program awal tahun dan ada berberapa sistem yang perlu di baiki data maklumat, tak sempat nak sarapan pagi, dan baru berkesempatan untuk membuat rutin harian seperti biasa iaitu menyemak email, berjalan jalan (blogwalking) blog rakan rakan di bloglist dan mencari idea dan menulis artikel di blog ini. 

Semasa Zeref Rayyan dan aku demam hari itu, ada terdetik niat di dalam hati, jika anak sembuh dan  sihat dari demam influenza seperti sediakala, nak bernazar sedekahkan pisang di surau yang berhampiran. Tak mahal pun, dua bungkus ini, baru RM 10.00, Insha'allah, petang ini pulang dari kerja menuju ke rumah, ingat nak singgah sekejap di surau berhampiran untuk sedekah kan buah buahan ini, beri orang makan dan mendoakan kesejahteraan kami. Sedekah Beri Orang Makan, minta orang mendoakan kami. 



Anda Mungkin Meminati :

21 Januari 2020

Cara Cara Mencetak Sijil Dengan Pantas

Rasanya sudah lama tidak menulis berkaitan tutorial pembelajaran di blog, Tutorial kali ini mengenai Fungsi Mail Merge di  Microsoft Word iaitu Cara Cara Mencetak Sijil Dengan Pantas, Untuk pengetahuan semua, sebelum ini ada penulisan berkaitan Macam Mana Nak Buat Mail Merge di Microsoft Excel di blog ini, sebenarnya fungsi mail merge ini hanya terdapat di dalam Microsoft Office Word, dan bertujuan untuk mengambil data (teks) sama ada di dalam Microsoft Excel atau dalam Microsoft Word. Boleh lihat tutorial berkaitan Mail Merge sebelum ini di SINI.

Fungsi Mail Merge sangat berguna dan sangat pantas apabila kita mahu mencetak sesuatu dokumen dalam kuantiti yang sangat banyak contoh nya seperti sijil, label nama untuk tujuan jemputan perkahwinan, urusan surat menyurat , dan sebagainya dan yang paling penting, harus mempunyai database (data) terlebih dahulu. Maksud Database itu ialah maklumat-maklumat penerima seperti Alamat surat menyurat, nama penuh, dan sebagainya, maklumat lengkap penerima.   


Anda Mungkin Meminati :

19 Januari 2020

Semakin Bertambah Baik

Syukur Alhamdulillah, keadaan kesihatan semakin bertambah baik, cuma batuk sahaja, inshaallah, dengan izinNya, minggu depan harap sembuh sepenuhnya, dalam badan penuh dah ubat ubat antibiotik doktor, semasa demam hari itu, memang tiada selera langsung nak makan nasi, apatah lagi makanan berat yang lain seperti lamb chop, mee bandung dan lain lain, tapi, yang peliknya, aku semakin berselera pula nak makan buah buahan ketika demam.

Bila demam, pasti tubuh badan kurang vitamin, lemah dan lesu tidak bermaya, terasa macam nak makan tapi tidak berselera. Cara yang sesuai untuk memberi tenaga, membuka selera makan, yang biasa aku amal kan ketika demam ialah dengan minum air kelapa muda, minum air sunquick atau air twister fresh orange untuk menambah vitaman C dan yang paling penting, makan buah sebanyak mungkin untuk tambah kandungan air. Masa demam, suka makan ciku, letak dalam peti ais, memang sedap, dalam masa yang sama, memberi tenaga dan vitamin yang di perlukan badan, lepas tu minum air banyak banyak, supaya dapat buang toksin dalam badan.


Anda Mungkin Meminati :

15 Januari 2020

Harap Sembuh Seperti Sediakala

Akhirnya rebah juga, sudah dua (2) hari terlantar akibat simptom influenza, badan lemah, sakit bisa bisa, kepala berdenyut denyut. Sebenarnya jarang demam, tapi kali ini memang tak bermaya betul, berpeluh seram sejuk, kepala pening, ini semua gara gara sebab berjangkit dari air minuman ketika di hospital melaka hari itu. Sambil beri orang sakit minum air, dalam masa yang sama kita pun terminum merasa sekali kongsi straw, tak disengajakan. Baca kisah urus ahli keluarga yang tidak sihat di sini

Tadi pergi ke klinik untuk check up kesihatan, doktor mengesahkan perkara yang sama iaitu tanda tanda simptom influenza. Sehingga jumaat, jika tidak ada tanda tanda nak sembuh, terpaksa lah masuk (drip) air. dan ambil darah, Aduh, harap sembuh la esok. Harap Sembuh Seperti Sedia kala


Anda Mungkin Meminati :

14 Januari 2020

Insuran Pergi Haji Balik Hari

Rasa mengantuk kerana kurang tidur dari malam tadi kerana menguruskan hal keluarga yang demam panas suhu mencecah 39.7 celcius, sampai sahaja di rumah terus bungkus baju andaikata kena tahan wad, sudah buat persediaan dan tidak perlulah berpatah balik, jauh. Lepas tu aku call pihak insuran untuk memberitahu yang akan ke hospital, tapi, jawapan yang di terima dari pihak insuran, agak melampau, iaitu kata agen tu, insuran tidak boleh guna, kerana terdapat 2 bulan bayaran tertunggak (outstanding), eh, bayaran pun secara auto debit, dan potongan memang berlaku pun setiap bulan, jadi apa masalahnya ni ? Dua bulan terakhir, jelas ada potongan duit dalam slip gaji, apa masalah sebenarnya ? Mahu untung kah ? Pergi haji balik hari ?

Oleh kerana malas nak berbual panjang dengan agen bebal terkial kial nak jawab dan sudah tahu jawapan bodoh dari insuran tu, hal kecemasan kan memang panik sikit, kami nekad ke hospital kerajaan sahaja itu jalan terakhir. Alhamdulillah, demam anak anak telah susut sedikit di pagi ini. itupun setelah menunggu lama di hospital kerajaan, memang macam bola baling lah sana sini di buatnya, tapi terbaik dan berkualiti rupanya. Layanan tak mesra pun, tak apa lah, yang penting, nyawa ahli keluarga saya, seperti sediakala, Akhirnya, keputusan dalam darah, tiada ada tanda tanda denggi atau influenza, hanya demam biasa yang terdapat sedikit infections virus. 


Anda Mungkin Meminati :

13 Januari 2020

Termenung Mengenang Nasib Diri

Hari ini, separuh hari bekerja sebab nak hantar kereta service di toyota centre , mileage meter pun sudah terlebih bulan, tangguh lama sangat sebab ini major service, tu yang tangguh sebab mahal betul, termenung jap depan kaunter toyota mengenang nasib diri. Bil hampir RM 700.00, lebih.

Tapi, nak buat macam mana, suka atau tidak, tetap kena service juga, kereta penting, nak bawa kehulu hilir untuk mencari rezeki, terpaksa juga lah akur.  Sambil termenung dan lihat televisyen yang di sediakan di ruangan menunggu, makan biskut pun rasa pahit. 


Anda Mungkin Meminati :

12 Januari 2020

Memastikan Reputasi Blog Dalam Keadaan Terbaik

Salam semua di harapkan pembaca semua sihat dan bahagia hendaknya, seperti yang di beritahu sebelum ini, tahun ni ada misi di mana nak fokus pada penulisan blog secara khusus mengikut kriteria yang di tetapkan, kalau di ikutkan dah mula menulis blog pada tahun 2007 lagi, tapi masa tu, tak fokus sangat dan sambil lewa, menulis pun paling banyak pun 1-2 perenggan je. Cuti hujung minggu ini, banyak hal yang 'menganggu' untuk menulis di blog, antaranya anak anak demam, memang berulang alik ke klinik. Risau musim influenza, Blog masih lagi terdapat berberapa crawl error yang menjejaskan reputasi blog, dan aku cuba membetulkan mengikut kriteria yang ditetapkan google. Kualiti artikel dalam sesebuah blog tu penting dan kena berani main dengan keyword. Ini kunci utama untuk blog yang ingin meletakkan iklan.


Ada berberapa artikel yang tidak dapat di index dan crawl error di google secara tidak langsung menjejaskan iklan adsense, memang memberi kesan kemurungan, di pendekkan cerita, dalam 100 posting artikel, mungkin 70 artikel yang google detect tidak berkualiti, dengan sedikit masa yang terluang, proses semakan, membaiki artikel di lakukan, kena semak satu persatu artikel dari tahun ke tahun mana mana artikel yang tidak crawl dan terindeks banyak pula tu, Dalam masa membaiki blog, Sempat juga la blogwalking berberapa blog rakan rakan di bloglist, Alhamdulillah, masih berkesempatan. Sebagai bloggers yang menjana pendapatan dan sebagai influencer, kita bukan sahaja kena pastikan blog sentiasa sihat, mendapat tempat di carian enjin carian, artikel berkualiti, tidak terpapar error koding, apa guna, luaran elok, sedangkan dalaman, bermasalah ? Baca artikel di SINI.


Anda Mungkin Meminati :

9 Januari 2020

Muka Ceria Dapat Hadiah

Biasa nya bila aku sampai je di rumah, penat pulang dari kerja, si Zeref ni biasanya dah tidur, penat bersekolah di siang hari katanya, tapi malam ni, dia tunggu sampai aku balik rumah, dah dua hari, daddy janji nak beli gula gula, tapi tak bawa balik pun, tapi malam ni, walaupun lewat pulang ke rumah, tetap 'menunaikan janji' apa yang aku cakap pagi tadi pads dia masa hantar budak kecik ni ke sekolah awal pagi tadi, kalau nak gula gula kena pergi sekolah...haha.

Ekonomi  pun tak berapa nak ada sangat ni sebenarnya, faham faham jela, tengah bulan kan, banyak dah di gunakan untuk keperluan anak sekolah. Tapi janji tetap janji, beli tiga sekaligus, jadi, senang, esok nak attract dia untuk pergi sekolah. Bukan membiasakan dia makan gula gula, kadang kadang aku tukar jenis manisan juga, beli roti coklat, aiskrim, atau kinder joy, dan air susu dutch laddy. 


Anda Mungkin Meminati :

Drama Zeref Pagi Ini

Alahai sebelum ni elok je ke sekolah, tiba tiba pagi ni, Zeref Rayyan buat drama pagi, aduh, daddy nak kerja ni, janganlah menangis, tanya dia pagi ni, kenapa Zeref tak nak pergi sekolah, ada masalah ke dengan kawan kawan ? Dia kata takda,  oh lega, yelah tiba tiba taknak pergi sekolah kan, mesti ada masalah ni, tapi selepas aku bisik pada dia, balik nanti daddy belikan gula gula gummy bear, zeref suka kan ? Dia angguk, senyum senyum belalang, erm kenapa belalang ? erm sebab belalang kan comel.

Bulan ni rekod kedatangan aku ke pejabat agak teruk sedikit, haha ala lewat seminit dua je, tak semua hari, cuma di awal awal nak mula persekolahan hari tu ada ribut sedikit, haha, tapi nak buat macam mana kan, anak nak kena urus. Ingat tadi nak ambil emergency leave je, alang alang Zeref pun taknak ke sekolah kan ? hahaha, tapi bila fikir, ada mesyuarat jam 9.30 pagi hari ini, gagahkan juga lah ke pejabat, Keputusannya, daddy kena kerja, zeref kena pergi sekolah, sekali jalan ! 


Anda Mungkin Meminati :

8 Januari 2020

Masa Berlalu Pantas

Sibuk punya pasal, berbincang di pejabat dan merangka program latihan kursus, sampai tak sedar sudah hampir jam 2.00 petang. Huh terlepas waktu lunch, azan zohor pun tak dengar di smartphone sebab off sekejap, cepatnya masa berlalu kan di zaman milennium ini. Masa berlalu meninggalkan kita, sepantas seperti teknologi yang sentiasa up to date version dari semasa ke semasa. 

Itupun tersedar bila kepala mula berdenyut denyut, migrain lain macam, maklumlah dah semakin berumur ni, kalau terlewat makan, darah tinggi dan migrain terus mencengkam kepala, lepas tu masuk angin. Sarapan pagi dan lunch kena makan, tidak boleh terlewat. Kalau terlewat, masuk angin, kepala pun pusing pusing.....

Kesudahannya, kalau keluar makan pun di warung biasa makan, pasti lauknya sudah habis,  kebetulan pejabat tempat bertugas pun dalam shopping complex,  makan di fast food je la, ada marry brown, makan je la apa yang ada, kalau dah nama pun, orang kampung, sudah semestinya kena ada nasi, yang penting makan, dari tak makan langsung, lagi tak tentu arah nanti. 


Anda Mungkin Meminati :

Semua Atas Diri Sendiri

Tuan, boleh kah dalam masa sehari belajar di kelas tuan berkenaan perisian rekabentuk grafik , sudah boleh buat design ? Itu lah ayat ayat tipikal yang biasa aku dengar sebelum bermula kelas. Jawapan yang biasa aku jawab ialah boleh, semuanya bergantung pada diri sendiri, tapi sebelum itu lihat semula niat kita tanya diri sendiri kenapa perlu hadir di kelas ini ? Apa tujuan awak hadir ke kelas saya ? untuk mencari jodoh ? Di paksa oleh mak ? Kenangan yang paling tidak dapat di lupakan semasa mengajar ialah, ada seorang pelajar yang kelihatan agak 'sombong' nada nya, bertanyakan soalan, Encik, saya kini menggunakan versi perisian level tujuh (7) sedangkan encik nak mengajar saya perisian level tiga (3). Erm boleh terangkan tak bagaimana...?

Dalam keadaan level confident tinggi, aku menjawab soalan itu dengan soalan, apa yang awak mahu di dalam kelas saya ini ? Apa tujuan awak datang ? Pemuda itu terkejut dan berkata, saya datang ke kelas ini, untuk mempelajari topik bla bla bla bla sahaja (dalam hati aku, uh jangan dia tanya topik di luar silibus sudah!, haha, namun aku masih confident) .



Anda Mungkin Meminati :

7 Januari 2020

Banyak Hal Terjadi Di Awal Tahun Baru

Banyak Hal Terjadi Di Awal Tahun Baru ini, Antaranya ialah seperti telefon oppo kena air hujan dan rosak, Hardisk Laptop Rosak Pula, langsung tak boleh nak buka, laptop ini memang di gunakan untuk menjalankan aktiviti mengajar dan kerja freelances, keputusannya, kena beli hardisk yang baru, murung jugalah, sebab bahan bahan assignment, nota mengajar di dalam laptop tu semua tidak boleh diselamatkan lagi.

Tahun baru, nafas baru, semangat baru, tapi, pasti ada yang menghalang, agaknya sudah sampai masa nak jahanam kot laptop ni, sudah sampai masa, Hampir 7 tahun guna laptop ini, inshallah, ada rezeki baru tiba untuk lima orang anak aku nanti, Inshaallah.


Anda Mungkin Meminati :

Gembiranya Zeref Kena Puji

Gembira  lain macam si zeref masa ke tadika pagi tadi, Gembiranya Kena Puji Hari Hari, itupun selepas buat dia happy, layan berborak jap sebelum hantar dia ke tadika, untuk pengetahuan korang, anak anak ni, dia ada 'ego' dia sendiri terutamanya anak lelaki, kena cakap lemah lembut, belajar ambil hati dan kena puji selalu (ye kot) untuk tujuan memujuk. Sebelum ke sekolah, kena pastikan dia kenyang, tidur nya dalam keadaan tenang dan happy, buatkan sarapan sebelum ke sekolah. Kalau tidurnya terganggu sebab sedih, susah pagi nanti merajuk, rosak satu hari, takde mood.

Sama macam kita la, tu sebab di awal pagi sebelum pergi kerja, kena senyum, niat pada Allah pergi kerja nak cari rezeki, kalau awal pagi dah mengamuk, 

Jadi sepanjang perjalanan menghanrat Zeref ke tadika tadi, Gembiranya Zeref Kena Puji, maka senyumlah dia sepanjang ke tadika. Sebagai ibu bapa, kena rendahkan sedikit 'ego' tetapi janganlah sampai anak tidak hormat pada kita.


Anda Mungkin Meminati :

6 Januari 2020

Saling Berkongsi Dan Memerlukan

Semalam terlihat di berita buletin utama pasal kehadiran ratusan burung bangau (putih hitam) di sebuah kampung di Negeri Sembilan, entah macam mana boleh terbuka berita, hampir setahun lebih lah tak buka berita, sebab bosan dengan berita sekarang, banyak kisah politik dan menteri. Bagi aku, kita ni berkongsi alam dengan dengan pelbagai mahkluk ciptaan tuhan, sama samalah pelihara alam semulajadi, ini secara tidak langsung memelihara habitat seterusnya menjadikan ekosistem seimbang, baru 'sama sama' saling berkongsi dan memerlukan demi kesejahteraan hidup tenteram aman damai.

Sikap terlalu rakus mengejar pembangunan oleh penguasa kapitalis demi mencapai status 'kemajuan', sedangkan mentaliti yang masih mundur minda tahap negara kelas ketiga , menyebabkan habitat asal semulajadi terhapus perlahan lahan, jadi memang tidak hairanlah jika burung bangau ini 'berhijrah' dengan kuantiti yang banyak ke suatu tempat yang lebih baik, segar, nyaman dan sesuai iaitu di Kampung Lonek, Negeri Sembilan. Baru baru ini, ada burung merbuk bertelur dan beranak pinak dalam tandas pejabat.Kebetulan tandas pejabat itu, sudah bersarang dengan tumbuh tumbuhan liar. haha. Boleh baca kisah pasal berkongsi alam di sini Kelihatan Seronok Nampaknya


Anda Mungkin Meminati :

4 Januari 2020

Kenangan Suatu Ketika Dahulu

Salam hujung minggu semua, Sambil skrol facebook, terlihat pula gambar pemandangan stesyen bas melaka tahun 1990 an. Memang retro dan seronok bila terkenangkan memori masa lalu. ini semua kenangan yang tidak akan dilupakan, masih ingat lagi, sebaik turun je dari bas, terus beli buah kepaya dan nenas lepas tu minum air tebu, yang jual pula peniaga berbangsa cina.

Masa tu, tak fikir apa pun, main bedal je. Perut dah lapar kan, yang penting buah yang dimakan tu sedap dan segar, tanpa was was, tak fikir apa pun, itu kisah suatu ketika dahulu di tahun 1994-1995 di stesyen bas lama, mee goreng bodo pun masa tu dijual dengan harga rm 0.50 sen - 1.20 sen, kalau letak kicap, peh, memang sedap lah!

Kenangan naik bas henti henti ni memang banyak, banyak kisah yang berlaku, masa tunggu bas, bas tak tiba tiba, nak buang air besar ketika menunggu, pengsan didalam bas lah, kelakar kalau difikirkan semula, itulah rutin setiap hujung minggu, akan ke bandar, jalan jalan cuci mata, masa tu, bawa duit RM10.00 pun dah kira banyak dah tu. Tiket bas harga baru 0.75 sen.


Anda Mungkin Meminati :

3 Januari 2020

Hari Pertama Zeref Rayyan Ke Sekolah

Hari Pertama Zeref Rayyan Ke Sekolah, kelakar, macam macam helah dia gunakan semata mata tak nak ke sekolah. Dia yang nak ke sekolah, aku yang tak tidur malam, sebab fikir macam mana dia nanti di sekolah. Pejabat pula banyak urusan di awal tahun, berserabut.

Di pendekkan cerita, sebelum sampai di lorong sekolah, Zeref  tiba tiba cakap, eh ini macam jalan ke sekolah ni dee..?! Zeyef tak nak ke sekolah Dee, kat sekolah manash, manash (panas), Aku diam kan je(dalam hati, aduh jangan dia buat drama bollywood pagi ni) . 


Anda Mungkin Meminati :

2 Januari 2020

Menerima Tetamu Di Awal Tahun Baru

Awal tahun baru, plan nak bangun lambat sebab cuti kan, tapi sedikit 'terganggu' dengan kehadiran seekor burung terkukur sambil mengeluarkan bunyi kurr kurr kurr, 'melepak' di atas gril pintu luar bilik. Kadang kadang juga lah, burung ni datang melepak kat situ. Mungkin, nak berehat sekejap, atau menjengah mana tahu ada makanan yang boleh di bawa balik ke sarang untuk di beri makan pada anak anak burung. 

Kalau nak ikutkan kehadiran 'tetamu' yang datang ke rumah sebelum ini, antaranya seperti kucing, kameleon iguana, burung bersarang di pokok yang di tanam sekeliling rumah. Orang tua dulu dulu kata, kalau ada burung datang rumah, itu petanda akan datang rezeki yang tidak di sangka sangka pada kita. Itu orang dulu dulu kata..


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih