Hari ini, separuh hari bekerja sebab nak hantar kereta service di toyota centre , mileage meter pun sudah terlebih bulan, tangguh lama sangat sebab ini major service, tu yang tangguh sebab mahal betul, termenung jap depan kaunter toyota mengenang nasib diri. Bil hampir RM 700.00, lebih.

Tapi, nak buat macam mana, suka atau tidak, tetap kena service juga, kereta penting, nak bawa kehulu hilir untuk mencari rezeki, terpaksa juga lah akur.  Sambil termenung dan lihat televisyen yang di sediakan di ruangan menunggu, makan biskut pun rasa pahit. 

Aku jenis yang tahu bawa kereta sahaja, menyerahkan sepenuhnya pada centre untuk urus apa yang perlu di tukar, tuang minyak dan jalan, buat masa ini, belum pernah breakdown kereta. Bukan tak percaya bengkel kereta di luar sana, cuma lebih baik dan elok, jika menyerahkan urusan service pada yang lebih layak (specialist), yang ini, tidak boleh kompromi. Mereka lebih faham alat ganti dari jenama mereka. Kalau hantar bengkel luar, boleh sahaja, cuma asalkan boleh nanti, murah, tapi barang tak sesuai, mungkin bersifat sementara dan tak tahan lama. Itu yang jadi penyakit berjangkit, lepas satu, satu yang rosak. Lepas tu termenung mengenang nasib.

Sebab pernah kena dahulu, kereta honda CRV, sepatutnya guna plug kereta, tapi bila check, guna plug motor. Ini kisah benar, biar mahal, asalkan tahan lasak dan berkualiti. Niat beli kenderaan, sebab nak cari rezeki, kalau kenderaan rosak, semua urusan ke laut (tergendala) nanti. 

Termenung mengenang nasib diri

Dalam termenung menung aku ini, teringat pula pada roadtax kereta dan lesen memandu, bila semak di syarikat insuran, Ya Allah, tarikh tamat insuran pada hujung bulan ni. ini jangankan termenung mengenang nasib diri, ini terus tercenggang sambil buat muka garang. Tak tahu nak cakap macam mana lagi. Ini lah kehidupan. Semua benda nak kena bayar. Kenapa lah, semua kejadian berlaku serentak. Awal tahun, memang banyak keluar duit , urus anak sekolah, service kereta dan insuran cukai jalan. 

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. haduh memang pening kepala bila semua nak keluar duit serentak. peniggg peninggg~

    ana pon jenis reti bawa kereta je. segala servis mmg minta nasihat abah & abang long hehe

    BalasHapus
  2. Allah..banyaknya dugaan, nak komen lebih-lebih pun tak berani sebab tak berada di situasi cikgu, hanya mampu berdoa semoga murah rezeki dan segala masalah dapat diselesaikan,amin.

    BalasHapus
  3. biasalah kalau nak servis, kalau pokai x berani nak pegi servis.. haha... kalau insuran keta ni saya suka main kutu... cop bulan utk birthday keta tu... nnt x payah fikir dh... dh dkt 10 thn jugak lah buat camtu dgn kwn² opis... semua cop bulan birthday keta

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.