banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

1 Januari 2020

Tiada Apa Yang Aku Harapkan

Tiada apa yang aku harapkan di tahun baru 2020 melainkan di kurniakan kesihatan yang sihat, kesihatan yang sihat adalah rezeki yang terbaik, kalau tidak sihat, semua urusan tergendala. Mempunyai sahabat yang baik dan memahami, perniagaan berjaya, banyak jobs, blog sukses, dan yang paling penting aku bahagia di dalam hidup. Serba serbi cukup, Itu sudah cukup menghiburkan hati dan cuba pastikan solat cukup 5 waktu.

Tiada apa yang membuatkan aku teruja nak keluar 'sambut tahun baru' mengikut kalendar barat ni, tahun baru ini hanya duduk rumah melayan anak, lihat drama soffea adalea tu, haha dan yang paling cukup 'risau' bila setiap kali, bila tiba tahun baru atau hari jadi kita, maka selangkah lah kita menghampiri kematian. Cuma sisa yang ada ini, cuba lah memberi manfaat kebaikan dan cuba buat sehabis baik seperti esok tiada lagi. Sukses dalam apa jua perbuatan, Kepada rakan rakan bloggers, teruskan menulis yang baik baik, kerana ini juga pelaburan di akhirat nanti.. 

rahsiakambing


nevermind dont have friend

Kalau buat sesuatu, buat lah betul betul, jangan acuh tak acuh seperti melepaskan batuk di tangga. Tahun 2020, nak pastikan rakan di media sosial , benar benar kenal baru accept dan pastikan di dalam bulatan (circle life) yang berkaitan kehidupan kita, biar kawan tidak ramai, asalkan berkualiti. Kalau tak suka , cakap depan depan, jangan la pula cerita belakang.

nevermind dont have friend
"Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever" petikan kata kata motivasi mat salleh yang memberi inspirasi untuk aku teruskan kehidupan yang keras ini. Tahun 2020 ini, tak mengharapkan kemajuan fizikal pembangunan mampan bagai ni semua, yang mana semuanya itu untuk kepentingan ahli politik rakus dan kepentingan kapitalis tamak mengaut untung.

Pedulikan persepsi orang, masing masing ada dugaan hidup masing masing, dan kejarlah dan lakukan apa yang kau rasa betul, jangan lah pula menjadi tiada pendirian sehinggakan mudah di pengaruhi orang lain. Live is not to please others to get something, be yourself, be real, trust in yourself, trust in every what you do, at first, make decision for your life, dont let others to decide, what you want, and what you dont, and define yourself. Hindarkan sifat menjadi 'lalang', duduk dengan penyokong liverpool, puji liverpool, kutuk Manchester United, duduk dengan penyokong Manchester United, kutuk Liverpool. Urmm...berat...

Once you set your mind, the body will follow, jangan biar ketakutan menghalang kebahagiaan.

Apa pun, selamat datang tahun 2020, sampai bila kah usia kita akan bertahan, tiada siapa tahu, sedangkan masa sentiasa mencemburui, tahu tahu pejam celik, sudah dalam tanah. Ok la, nak pandu kereta terbang ni, dah 2020 kan? Takde idea nak menulis sebenarnya, hanya sekadar nak tunjuk yang posting ini pada 1.1.2020.  Itu sahaja. Haha. Jom terbang....!

Anda Mungkin Meminati :

3 komentar:

  1. Alhamdulillah semoga harapan itu Allah kabulkan

    BalasHapus
  2. Kesihatan adalah rezeki yg Paling Besar dari Allah..semoga Kita semua diberikan kesihatan yg baik

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih