Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca. Di harapkan semuanya sihat Alhamdulillah hendaknya..

Topik kali ini hanya santai santai menghadapi kehidupan yang penuh liku dan orang putih kata 'healing'. Bukan selalu berjumpa rakan rakan mengeteh selepas waktu kerja, boleh dikatakan sebulan sekali pun belum tentu berjumpa, masing masing sibuk dengan urusan masing masing. 

Ada sahaja topik yang hendak di bincangkan, yelah..jarang berjumpa, jadi meriah bila berjumpa. 

Orang lelaki ni, jarang luahkan perasaan pada orang terutamanya isteri jika yang sudah berkahwin, lebih banyak memendam perasaan dan bertenang walaupun dalam keadaan susah. 

Mereka lebih selesa ber healing sendirian sehingga bertenang, dan kepada isteri di luar sana, sekali sekala biarlah mereka keluar mengeteh bersama rakan rakan mereka, kerana di situ lah terletak kebahagiaan mereka yang sebenar. Hehe

Dah tua tua ni apa nak mengatal...cubalah bersangka baik..kihkih

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.