Macam mana nak downgrade IE version? Semua orang menggunakan pelayar untuk akses sistem, laman web, blog atau sebagainya untuk tujuan carian, guna aplikasi dan lain lain. Ada yang menggunakan pelayar (browser) seperti Internet Explorer, Chrome dan mozilla. terpulang kepada masing-masing, asalkan anda selesa menggunakan dan pantas dalam mengakses apa yang anda mahu.

Namun harus di ingat, tidak semua sistem, aplikasi, blog, atau laman web adalah sesuai dengan pelayar yang anda gunakan sekarang, untuk memastikan sama ada sesuai atau tidak, lihat di bahagian bawah (footer) di aplikasi yang dibuka, lihat pemberitahuan, apakah versi yang sesuai untuk paparan, sebagai contoh ( sesuai dilayari melalui internet explorer version 8 keatas atau chrome sahaja.)

Bagi mengetahui status ie korang version berapa? 

1) Tekan ikon Internet explorer anda
2) Selepas itu cuba pergi dekat menu bar cth : file , edit, view, favorite,tools dan help . jika tiada cuba gerakkan kursor anda di area sepatutnya menu bar berada dan right click, thick sekali pada menu bar.
3) Selepas itu, pergi ke help menu, dan pilih about internet explorer.

Anda akan dapat lihat, versi internet explorer yang anda gunakan sekarang.

Downgrade IE version
 (gambar 1a)

Anda pasti ada masalah, bila sistem yang biasa anda menggunakan tidak berfungsi dengan baik sebagai contoh, sistem intranet (dalaman) atau sebagainya, kadang-kadang, sistem yang dibangunkan di era versi internet explorer 8, dan anda akan menghadapi masalah, bila version IE automatic update.

Cuba tekan semula di help menu, dan tekan sekali pada about internet explorer, paparan seperti di (gambar 1a) akan muncul, dan unthick pada install new version automatically. 

Bagi yang menggunakan windows 7, tidak mustahil, internet explorer akan sentiasa update version kepada yang terkini, Internet Explorer 10, version sepatutnya masa awal, adalah version 8. kebanyakkan sistem yang dibangunkan semasa zaman windows 7, adalah compatible kepada internet explorer 8. (kebanyakkannya).

Jika anda mahu downgrade version IE anda :

1) Pergi ke Control Panel komputer anda
2) Selepas itu, pergi ke Programs (uninstall programs)
3) Lihat di left menu, cari link view uninstall update, dan tekan sekali.
4) Cari version internet explorer anda , jika sekarang anda menggunakan IE 10, cari internet explorer     10 dan right click --> uninstall.

Selepas anda melakukan proses diatas, anda akan dikhendaki, untuk restart semula, pilih restart, dan akan mendapati internet explorer anda akan downgrade kepada IE 9. jika mahu downgrade version kepada IE8, lakukan perkara yang sama, dan restart.

Jika anda menggunakan Windows 8, internet explorer datang memang version 10. tidak boleh downgrade, unless, jika version IE telah menjadi IE 11. 

Panduan ini sesuai untuk Windows 7 dan di windows 8 (jika internet explorer melebihi version 10).

Kadang-kadang masalah seperti ini muncul, ketika anda sedang mengakses sistem atau laman web ,sebagai contoh bila button untuk download tidak berfungsi ke, tidak keluar menu atau sebaliknya.

Saya pernah melaluinya, setengah hari, cuba baiki, adakah sistem ini bermasalah? masuk script coding dan sebagainya, tetapi rupa rupanya , masalah browser je...hehe
  

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.