Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri fanstar Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Thursday, June 22, 2017

Tiada Lagi Nuffnang Di Blog

Secara rasminya, aku membuang iklan Nuffnang di blog aku, rasanya buat semak je kot...iklan pun takde, bukan tak pernah dapat income, pernah dapat dua (kali), tapi kali ini, sepi je, demam! Kalau nak di katakan traffic blog menurun, maintain je aku tengok statistik, entah apa yang tidak kena dengan nuffnang ni, mungkin mereka pilih bloggers yang hebat hebat kot...tak apa lah. Ada rezeki aku yang lain, lepas buang iklan nuffnang ni, rasa 'bebas' dan tidak ternanti nanti macam orang gila bayang...haha.

Cukuplah aku sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman hidup di dalam blog ini, apa yang penting, aku happy sangat bila orang ramai dapat manfaat dari apa yang terkandung di dalam blog ini. Sebenarnya, banyak yang nuffnang dapat kelebihan bila bloggers mem'branding'kan jenama mereka...yelah walaupun pendataran percuma, at least jangan lah sepi je...

Ok, nuffnang..terima kasih kerana menjadi peneman setia sejak dari aku berblog pada tahun 2007 lagi..banyak membantu khususnya dari segi tambahan pendapatan walaupun sen...rasa seronok dulu masa iklan banyak masuk dan lagi seronok bila dapat upgrade ke CPUV..wah ! hehe, tiada lagi Nuffnang di blog aku...! hehe

Terima kasih...tidak terhingga. All the best!

Wednesday, June 21, 2017

Gold Accumulation Program

Aku hampir terlupa, yang aku ada blog, agak terlalu lama tak jengah blog sendiri..tiba tiba rindu pula dengan blog aku ni..itupun masa tengah google nak dapatkan maklumat, tiba tiba tertekan blog aku sendiri, haha..aku rasa maklumat di blog ini tepat..sekali, bila aku tekan...eh macam kenal lah! haha rupa rupanya blog gua sendiri...baik! 

Kenapa lama tak update blog ? jawapannya..tengah mencari kaedah pelaburan jangka panjang yang boleh memberi keuntungan, pelaburan yang aku ceburi baru baru ini, walaupun agak 'terlewat',tapi amat berbaloi..serius. Apa taknya, korang bayangkan lah, pada tahun 2010-2011, nilai emas 1 gram=RM 123 lebih kurang macam tu lah, pada tahun 2017, nilai emas 1 gram=RM 191 lebih kurang.., Aku telah mewujudkan akaun simpanan emas di public gold, melalui Gold Accumulation Program (GAP), dan menukar wang kertas kepada fizikal gold (emas), antara sebab sebab aku join Gold Accumulation Program (GAP) ini ialah,

1) Bila masa gaji, duit kertas selalu hilang, sampai masa belum sampai hujung bulan dah pokai. (elakkan kebocoran wang).
2) Zaman sekarang, zaman inflasi, di mana harga barang makin naik tak turun turun, tapi pendapatan macam tu juga.
3) Nilai emas berubah rubah, dan di jangka akan meningkat sebanyak RM 500 se gram.
4) Boleh buat simpanan emas untuk diri sendiri atau untuk anak anak.
5) Senang nak buat pinjaman di masa masa sesak.
6) Boleh mengumpul emas fizikal dengan ketulenan 999.9 (24 k).
7) Pembelian minimum RM 100.
8) Tiada yuran simpanan

Mudah dan ringkas sahaja, hanya serendah RM 100, anda akan mendapat akaun simpanan emas (Gold Accumulation Program), dan dengan hanya RM 100, anda akan memperolehi nilai gram sebanyak 0.5 iaitu setengah gram. wah..itu kalau konsisten setiap bulan menyimpan sebanyak 0.5 gram setahun dah berapa ? Contoh, kalau menyimpan secara konsisten, iaitu sebanyak 0.5 gram sebulan, dan jika dalam setahun 0.5 x 12 bulan, dalam masa setahun anda akan menyimpan sebanyak 6 gram setahun, dan jika anda menyimpan selama 17 tahun anda akan memperolehi nilai gram sebanyak 6 gram x 17 tahun = 102 gram.