Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Tuesday, November 04, 2014

Gyudon yang terbaik

Hari hari makan asam pedas!! waktu lunch kalau tak kena tak sah, kalau tak pekena asam pedas melaka, makan pula asam pedas johor...memang terbaik! lepas makan makanan pedas-pedas, mulalah bercakap pun 'pedas' ala ala orang melaka...hahaha!  emm gurau gurau je..emm daging salai masak lemak negeri sembilan pun sedap juga...

Kadang kadang kita kena tukar selera, kan? baru kemanisan sebuah kehidupan dirasai..begitu juga bila kita berblog, setiap entri tidaklah menjurus kepada sesuatu kategori, kadang kadang perlu ada entri yang serius, berkaitan kerjaya, keluarga, perniagaan, politik dan sebagainya...sekadar berkongsi pengalaman dan idea. apa salahnya? namun, terpulang kepada masing-masing. 

MAKANAN JEPUN

Gambar makanan kat atas tu namanya Gyudon, Bila ada waktu lapang dan santai santai, selalu lah juga aku makan gyudon ni. Orang korea dan jepun ni, makanan dia lebih kurang sama, lebih pada daging dan sayur...! emm kalau makan dengan set kimchi, telur dan sup dia...emm memang sedap....murah dan jimat lak tu! kalau ada asam pedas dekat sukiya ni, aku dah order dah, haha..tapi sekali sekala kena juga makan menu macam ni.....


Menu makanan orang jepun dan korea ni, makanan diorang susah nak jumpa yang bergoreng dan banyak minyak!...amat sesuai untuk permakanan yang sihat...menu ni ringkas, halal, sedap dan sihat itu yang dapat aku rumuskan buat masa ini!! Gyudon kalau kita makan, kita kenyang sampai ke malam, sebab nasi diorang tu besar dan bulat...agaknya orang jepun dan korea ni, makan sekali je kot setiap hari...

Kalau di malaysia, kita punya hidangan, pagi roti canai dan teh tarik, pukul 10.00 pagi lak, makan mee goreng, bila tengahari makan pula asam pedas, waktu petang pekena kuey tiaw goreng, malam lak makan nasi dan lauk lauk bergoreng, pukul 11.30 malam sebelum tidur, makan lagi maggi....emmm, orang malaysia kan? kalau takde semua ni, bukan orang malaysia lah namanya...haha camtulah...lepas tu, cakap kenapa badan aku naik 5 kilo?? kenapa naik 10 kilo? emmmm....hehe..takpe jangan risau, banyak dah jual suplemen yang bagus-bagus sekarang ni...haha

Kalau ajak makan hidangan korea dan jepun macam ni, aku okay je, asalkan jangan ajak tengok drama korea! boleh pengsan aku dibuatnya, sebab lama sangat jalan ceritanya....sampai subuh pun tak habis-habis. haha, makanan gyudon ni ada di sediakan di AEON Jusco..cuba view nama kedainya..Sukiya...!


9 comments:

  1. Harga?? =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa nya kalau medium rm 7.50 cmtu la siap air..
      Kalau large set..dlm rm 13.50 siap air...cuba view sukiya..

      Delete
    2. Biasa nya kalau medium rm 7.50 cmtu la siap air..
      Kalau large set..dlm rm 13.50 siap air...cuba view sukiya..

      Delete
  2. ana suka pulun shushi kat aeon tu.
    certain org x suka sbb dia mcm hafl cook.
    arhh pedulikkan lah org nak kata apa. haha
    nti nk try ni la pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gyudon dgn kimchi ni best...sy mkn pun sbb member yg ajar ..haha..lama2x jdi mnt lak..shushi pun sedap..! Inari..sedap..

      Delete
  3. Masak lomak memang sodap.
    Ni dinner tadi makan ikan sembilang salai masak lomak.
    Saya suka juga masak asam melaka..johor xsure macamana pulak rasenye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm...Doc, ye masak lomak mmg sodap..hee..
      Asam pedas melaka pekat ..johor..cair sikit, bnyak air asam dan daun kesum, tpi kalau area gemas, batu anam segamat asam pedas johor dia letak sayur asin..best...
      Selalu mkn dkt parit jawa.....

      Delete
  4. Tak pernah makan gyudon ni.
    Betul ke pemakanan Malaysian camtu?
    Ishhh teruklah...patutlah patient yang berpenyakit 3 serangkai makin ramai dari kalangan muda-mudi.
    P/s: kalau Doc kat klinik mmg xde istilah minum pagi. Lepas breakfast.. Tggu lunch je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc, ini apa yg saya nampak la...kebanyakkan nye cm tu lah kalau dkt Malaysia ni..kita kaya dengan pelbagai jenis makanan...smpai bnyk siaran siaran makan makan...

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.