Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Wednesday, November 12, 2014

Kasau nye! dont mess with melaka?


Slogan baru melaka kini, DONT MESS WITH MELAKA...hah, bagus lah...baik nau kasau nye ayat...pelancong luar ramai dah complaint...bila masuk je melaka terus takde mood dah ! slogan macam menghalau je..! mungkin membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang.. haha..itu rakan rakan luar cakap...bukan aku...! niat nye satu je...tak nak orang buang sampah merata rata di Melaka...ermm! kan ada baiknya...letak ayat seperti JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA LA LAHABAU..direct to the point kan?


Pemuda, puteri , wanita yang di segani...cuba cakap ramai-ramai...DONT MESS WITH MELAKA....! mesti ada yang pelat dan tergagap gagap, tukar la slogan tu...melaka kan dah maju macam negara jepun..! kenapa nak kena guna bahasa penjajah sebagai slogan rasmi..? Ada yang kata copycat dari dont mess with texas? dan dont mess with canada? ermm mungkin texas banyak cowboy liar yang suka menembak merata-rata...! tuh yang majlis perbandaran texas keluarkan slogan...DONT MESS WITH TEXAS..sebab nak warning cowboy cowboy liar ni...haha

Apa pun..all the best to dont mess team...cuma beri pendapat dari teguran orang ramai...ambil yang keruh buang yang jernih..! 

Bulan lepas, ada audit bahasa kebangsaan di peringkat agensi, semua papan tanda, artikel, maklumat di laman sesawang (web) wajib menggunakan bahasa melayu yang betul...bukan ayat melayu rojak atau bahasa SMS...lepas ni, ada audit ayat Jawi di peringkat kebangsaaan oleh auditor dari dewan bahasa dan pustaka, comfirm...!! bersama samalah kita kembalikan dan mempraktikkan tulisan jawi ayat al quran...ditambah pula, agama islam adalah agama rasmi..suka atau tidak...kena la praktikkan..! 

Sempena melaka yang telah maju ni, tadi pergi bandar melaka, kena paw dengan budak perempuan hisap gam, mahukan duit untuk isi perut...terlupa lak nak cakap dengan dia...please dont mess with me! Tapi gagap lak time tu.. alahai..tkpela...sedekah...dapat pahala..dosa makin banyak...pahala je makin kurang..

Macamana nak install jawi dan arabic di komputer anda tanpa menggunakan third party akaun, boleh searching "install font" di blog aku, itu versi windows 7. Setiap OS berbeza layout interface...

2 comments:

  1. huishhh dont mess with Malacca kate ko. kasau bunyiknye tu kan Amar. takot lak rase haaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarkan jela ana oi...tunggu dan lihat jela...ini lah akibatnya..kalau buat sesuatu tak guna otak..syok sendiri....lepas tu...kerja diorang buat post mortem hahaha...tu jela...!

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.