Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri fanstar Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Friday, December 19, 2014

Berubah sebelum parah

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11).

18/12/2014 semalam aku ke seminar pekerja cemerlang dan penceramahnya ialah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah..bagus ceramah motivasinya..terangsang sedikit, hehe, banyak jugalah tips tips untuk menjadi insan cemerlang dan di sayangi, rupa rupanya banyak lagi yang aku tidak tahu sebenarnya, terima kasih Dato' kerana berkongsi ilmu dan tidak lokek. yelah..pihak penganjur bayar mahal rasanya, mestilah output pun terbaik..hehe

Bila menyebut pasal ingin menjadi pekerja cemerlang, kena mula di peringkat asas iaitu seperti permakanan yang betul (elak penyakit), ketika di bilik air, mengetahui dan mengelakkan dari hal paranormal sihir sesama mahluk, dan kenali diri sendiri.

Antara sedikit tips dan kata kata dari DMFK dari  seminat tersebut ialah, kalau kita lihat seseorang tu pertama kali dan kita rasa benci, maknanya orang kita benci tersebut menyampaikan aura bencinya juga kepada kita, dan kalau pertama kali kita lihat orang kita sayang..maknannya orang tu menyebarkan aura sayang juga kepada kita. hehe..camtu lak? beliau menyarankan kita supaya sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur, supaya hati kita bersih.


Sebelum makan nasi dan lauk pauk,makanlah buah terlebih dahulu . itu yang di sarankan di dalam islam, kerana setiap sesuatu yang disarankan di dalam alquran dan agama ada manfaatnya, kerana sifat dan zat dari buah boleh men 'nuetral' kan sifat asid kepada sifat alkali di dalam badan. Kalau kita buat ini, kita pasti terhindar dari sebarang penyakit berbahaya seperti kanser, barah dan sebagainnya, dengan izinNya, Insyaallah.

Antara tips tips lain, berkenaan dengan paranormal sihir sesama mahluk yang boleh menganggu prestasi kerja kita ataupun didalam kehidupan seharian kita, ialah gangguan jin, jin ni menurut ilmuan agama dan dari DMFK sendiri, bukan seekor atau 10 ekor yang masuk ke dalam badan manusia...tapi BERKAMPUNG! berpuluh puluh ribu...sekali masuk, dan beranak pinak setiap hari seekor! peh dalam setahun je..dah ada tambahan lebih kurang 300 lebih jin, kalau 2 tahun, 3 tahun...

Jin mudah datang dan masuk ke dalam badan kita, bila kita tersampuk atau KITA MENYERU dia datang. tanda tanda kita menyeru JIN bagi orang perempuan ialah  dengan memakai gelang di kaki. so, lepas ni, mana mana kaum perempuan yang pakai gelang dekat kaki tu, tanggalkan lah! gelang di kaki merupakan pintu masuk utama untuk jin kedalam badan kita.

Bagi orang lelaki, ciri ciri menyeru JIN  pula, dengan memakai rantai di leher dan tangan, kecuali gelang itu memberi manfaat kepada badan kita. Yang paling best ialah, berkenaan pakai jam tangan di lengan, yang terbaik ialah pakai di tangan KANAN, kerana dapat pahala dan ciri ciri insan yang bagus dan hukumnya Sunat, kerana di dalam islam sendiri, disarankan kanan dahulu dan bukan bermaksud memakai jam di tangan kiri salah, ermm tak salah pun..cuma kalau nak tambah pahala, pakailah di sebelah kanan, dan banyak manfaatnya.

Menzalimi haiwan dan binatang peliharaan di tempat yang sempit pun akan menyempitkan rezeki dan menjadikan kehidupan kita tidak tenteram walaupun duit banyak. contohnya memelihara burung di dalam sangkar yang kecil, siapa cakap burung untuk dibela? maka supaya tidak disumpah oleh haiwan berkenaan, lepaskan lah burung tersebut, jangan menyeksa haiwan tersebut.

Tambahan dari seminar semalam, kalau kita pergi kerja tak pasang niat, walau penat macamana sekalipun atau bersungguh sunguh kerja pun, tidak akan dapat pahala, dan jika pulang dari kerja penat kerana melakukan tugas berserta niat yang ikhlas, maka terampun dosa sebelum,  Contoh niat : nak cari rezeki halal, nak cari ilmu, nak senyum, nak buang dosa dan sebagainya yang baik baik.

Semoga mendapat manfaat dari apa yang aku kongsikan disini, aku dapat ilmu dan aku kongsikan sedikit untuk korang. tak salah kan?

14 comments:

  1. As;salam terkesan dengan tazkirah..kira tazkirah kedua yang Etuza baca selepas blog Jari Manis. terima kasih sangat2 ya Saf ada perkongsian yang amat2 bermakna. Rugi yang tak baca..di klik lalu ja begitu tak baca mana dapat tambahan ilmu kan. Ok saf..hal jam..nak ubah lah ni ke kanan..ya Allah ampunkan kami semua. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu yang saya dapat..saya kongsikan disini, banyak lagi. hehe..contoh seperti posisi tidur dan ketika buang air besar...

      Delete
  2. ala saf tak amik gambar dia datu Fadilah tu..hehee..gurau ja

    ReplyDelete
  3. tang pakai jam di tangan kanan tu, dah lama amalkna. sebab saya kidal! haha

    ReplyDelete
  4. benda baik harus dikongsikan, kerana tak semua orang tahu kan.. kan... :)

    ReplyDelete
  5. Tentang aura tue. Terima kasih atas perkongsian. :)

    Jin. Ish. Susah kalau nak bercerita lebih terperinci pasal perkara ni,tapi, ikut sahaja cara islam yang betul, insyaAllah, terhindar.

    Tentang peliharaan. Hmm. Aku suka bela burung. Hmm

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian yang menarik dan padat ini.

    ReplyDelete
  7. aku dah boleh imagine DMFK cakap. "kita.. kena selalu maafkan org lain ye... ye... barulah hidup kita berkat ye.. ye.." hehe gurau2

    part pakai jam kt tgn kanan tu aku mmg pakai tgn kanan hehe
    part prmpuan pakai gelang kaki tu -- nice. aku mohon nk share nti.

    terima kasih amar share ilmu ni. aku mohon halalkan nti aku nk share.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya tip DMFK. Power betul.. Thanks weh sbb sudi share.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.