Macam mana nak hidden file gambar atau folder di desktop atau dalam laptop kita? teknik hidden file digunakan untuk menyorok/menyembunyikan folder kita, walau bagaimana pun folder yang telah di sembunyikan itu boleh dikeluarkan semula. Jangan risau.

Sementara itu, langkah langkah yang di tunjukkan di bawah ini, di dalam windows 8, walaubagaimana pun sedikit berbeza dari segi interface layout dengan window 7 bagi memaparkan show/hide hidden file. Ada sedikit aku tunjukkan di akhir paparan bagi show/hide bagi window 7.


Lihat teknik teknik dibawah ini.

hidden file
gambar 1

1) Pergi di mana mana folder yang ingin anda hidden / sembunyi kan dan tekan kanan (right click) pada mouse / tetikus anda, dan pilih pada properties. (lihat gambar 1)

hidden file
gambar 2
2) Selepas anda mengikuti langkah 1, anda akan dapati paparan seperti di tunjukkan diatas (lihat gambar 2) akan di paparkan, dan di bahagian bawah pilih (tick) pada checkbox hidden.

hidden file
gambar 3
3) Jika di Windows 8, anda akan dapati popup comfirm attribute changes akan di paparkan seperti di atas (lihat gambar 3), dan pilih apply changes to this folder atau termasuk dengan subfolders and files, terpulang pada anda.

4) Selepas anda mengikuti langkah 1,2 dan 3, anda akan dapati folder anda seperti di paparkan di bawah (lihat gambar 4), dimana kelihatan sedikit transparent dari folder folder yang lain.

hidden file
gambar 4
5) Untuk menyembunyikan folder tersebut sebagai contoh folder KELAS ADOBE A (lihat gambar 4), anda perlu pergi ke My Computer ataupun tekan Butang window + E (lihat gambar 5) pilih View Tab, dan PILIH pada HIDDEN FILE dan jika ingin paparkan hidden file, tekan sekali pada hidden file untuk paparkan.

hidden file
gambar 5
6) lihat gambar 6, adalah langkah langkah bagi hide and show hidden file di Window 7.
hidden file
gambar 6


Semoga berjaya dan berhasil. trial and error is the best practices and solutions.

8 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Balasan
    1. Salam Cikgu Etuza..saya masih belum terima lagi...hadiah dari cikgu..ermm ;) saya dah email cikgu no telefon saya. mybe pos return semula ..

      Hapus
  2. nk tnya..apa fungsi nak sorokkan fail tu...

    BalasHapus
    Balasan
    1. mana la tahu ada folder 'tertentu' perihal peribadi ke...maklumat kewangan ke...apa ke...haha

      Hapus
    2. ooo mcm tu ka.. xpernah taw pasal hidden folder ni.. hehehe..

      Hapus
  3. haha ok ini memang perlu buat.
    Memang yang private dah lame di hide kan. hehe

    Tapi ada cara utk cari hidden file kan. wink wink

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.