Tipulah kalau nak kata tiada alamat email, zaman dah serba canggih era milennium, kalau nak login aplikasi seperti facebook, blog pun kena guna alamat email untuk akses kan? pernah tak email di inbox korang hilang tiba tiba? padahal korang tak delete pun? tapi kenapa tiada di inbox? kemana menghilang? Melainkan kalau korang dah delete, tapi masih boleh dapati di thrash. 

Ok tutorial kali ini macam mana kita nak dapatkan email yang hilang di inbox, mudah sahaja, hanya perlu ikut langkah langkah seperti yang di tunjukkan di bawah.

Tutorial ini hanya untuk pemegang akaun emel gmail sahaja, di tutorial  Cara cara Paparkan Email Yang Hilang Di Inbox  seperti dibawah ini, jom ;

1) Pergi ke Butang Gear (Lihat Gambar 1 di Bawah) dan pergi ke Setting.

Cara cara Paparkan Email Yang Hilang Di Inbox
Gambar 1
2) Selepas itu, paparan seperti di Gambar 2 (di bawah) akan di paparkan, sila pergi ke Tab Labels, dan anda akan dapat melihat seperti di paparan, pergi ke Spam dan tekan butang show, All Email tekan kepada Show.

 Cara cara Paparkan Email Yang Hilang Di Inbox
Gambar 2
 3) Seterusnya, cuba lihat di spam atau trash (lihat gambar 3 di bawah), move kan segala email yang terdapat di spam atau di thrash ke Inbox anda! Sila pastikan dan kenalpasti apakah email anda yang hilang ataupun mengikut tarikh email yang terkini, mana yang perlu boleh tick dan Move to Inbox.

Cara cara Paparkan Email Yang Hilang Di Inbox
Gambar 3
4) Beginilah cara cara untuk memaparkan email yang hilang di inbox di Gmail, selamat mencuba, semoga berjaya.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.