Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, October 24, 2016

Macam Mana Nak Periksa Rekod Penggunaan Touch N Go

Kalau korang ada kena pergi mesyuarat di luar stesen (out station) yang jauh, contohnya melaka - kuala lumpur, johor - kedah, mesti korang lalu lebuhraya (highway) kan ? dan kebiasannya mesti di tol (tunai) korang kena bayar, sama ada tunai gunakan plus tol kad, touch n go atau smart tag? 

Kadang kadang aku terfikir dan hari ini baru terbuka hati nak ambil tahu dan daftar, kalau guna smart tag ataupun touch n go, macam mana nak dapatkan rekod bayaran di tol tol yang kita lalui bagi tujuan membuat tuntutan bayaran ataupun bukti sebagai resit.

Kalau guna kad tol tunai yang biasa kita perlu beratur panjang dan lambat, dan melalui kaunter tunai kita boleh mendapatkan resit jika membuat permintaan, minta je kat cashier tol tu kan? tapi bagaimana kalau kita menggunakan kad touch n go ? 

Langkah langkah nya,sila layari di SINI


 Anda perlu mendaftar kad dan butiran diri anda terlebih dahulu. lihat gambar 1 di bawah ;

touchngosafirulamar
Gambar 1

Anda perlu memasukkan no siri kad anda, yang terletak di belakang bawah kiri, ada tertulis Serial No.  Card/Device Serial No. *. dan ikuti langkah sehingga maklumat diri anda, kata laluan dan kata laluan, kemudian selesai, dan anda boleh login semula menggunakan katalaluan dan nama pengguna yang anda daftar sebentar tadi.


TouchN Go
Gambar 2
Dan selepas selesai memasukkan semua maklumat, anda perlu login semula menggunakan katalaluan dan nama pengguna yang baru, jika anda ingin melihat history perjalanan anda (penggunaan kad di tol), anda boleh pergi ke history --> view transactions , dan anda boleh memasukkan mengikut tarikh yang anda mahu bagi tujuan claim. (Lihat Gambar 3)

safirulamar touch n go
Gambar 3

Selamat mencuba dan semoga berhasil. Ini lah tutorial ringkas  Macam Mana Nak Periksa Rekod Penggunaan Touch N Go.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.