Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, January 20, 2017

Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076]

Pernah tak korang apabila nak transfer duit menggunakan maybank online banking, tiba tiba keluar perkataan seperti Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076] . Sebab apa keluar error seperti Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076] ? Sebabnya terlalu banyak transaksi keluar masuk di akaun simpanan kita...untuk makluman, akaun simpanan bukan untuk menjalankan perniagaan, dan jika terdapat banyak proses transaksi, error seperti Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076] akan keluar, dan akaun simpanan anda dibekukan sementara. Lagi sedih..bila anda juga tidak boleh buat pengeluaran di ATM mesin. Bermaksud akaun anda telah di bekukan, walaupun proses transaksi secara kerap (aktif) sebanyak RM 30..atau rendah lagi daripada itu. 

Penyelesainnya..anda perlu ke mana mana cawangan maybank...minta mereka clear kan transaksi sebelum ini di dalam akaun anda, dalam masa setengah jam (lebih kurang / bergantung)..akaun anda yang telah dibekukan itu boleh di gunakan semula. Selepas itu, anda bolehlah membuat pengeluaran wang seperti biasa..

Untuk makluman, akaun simpanan (saving account) bukanlah digunakan untuk tujuan urusniaga, jika anda menjalankan perniagaan dan berlaku transaksi yang kerap (aktif), seelok eloknya wujudkan maybank 2u premier. Minimum wang deposit yang di perlukan untuk mewujudkan akaun maybank2u premier ialah sebanyak RM 500 sahaja. Jangan risau, boleh di keluarkan semula..dengan menggunakan akaun maybank2u premier anda boleh melakukan seberapa banyak transaksi samaada terimaan atau mengirim wang. 

Proses transaksi di akaun saving..jika terlalu aktif, ibarat seperti buku akaun simpanan...selepas habis muka surat di cetak di dalam buku akaun, buku perlu di tukar baru...sama juga seperti di akaun simpanan saving account anda...perlu di kemaskini semula..dengan 'menukar buku baru', selepas itu barulah boleh di gunakan semula. Jika telah ok, dan masih berdegil untuk melakukan transaksi menggunakan saving account...tidak mustahil, akan terjadi semula masalah Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076] , dan perlu datang semula...untuk clearkan transaksi sebelum. 

Kepada yang tidak boleh melakukan transaksi melalui online...tidak perlu risau, pergi ke mana mana cawangan bank berhampiran, nyatakan error code Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076]. Jika ingin menghubungi Maybank HQ, boleh telefon di 603-78443696 .

Anda juga boleh mendaftar Maybank2u Premier melalui online Maybank2u..dengan pergi ke Apply Online, kemudian , pilih Maybank2u Premier. Selepas itu pilih branch yang anda mahu, kemudian masukkan jumlah wang sebagai deposit wujudkan akaun Maybank2u Premier, jumlah minimum deposit untuk membuka akaun Maybank2u Premier ialah sebanyak RM500, boleh transfer dari akaun saving...selepas itu, anda akan di berikan nombor akaun Maybank2u Premier..

BUAT DUIT DARI INTERNET DENGAN MUDAH

Kini..perniagaan anda bolehlah menggunakan nombor akaun yang baru, khususnya untuk proses melibatkan transaksi secara online..semoga berjaya

Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076].

Sekadar berkongsi pengalaman...bagi yang mengalami error Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076]

6 comments:

  1. pernah dengar issue ni. terjadi pada kawan yg guna bank lain. No wonder la akaun dia kena freeze sekejap.

    jom singgah pecah ais 1.0

    ReplyDelete
  2. rm 500...dalam akaun tak ada pun banyak tu =)

    ReplyDelete
  3. dulu ada akaun semasa di BIMB n sempat guna cek utk bayar kereta tp zaman ni x yah pakai cek lagi. Byr kereta dll guna m2u n IBG je. Mudah sgt2. X yah beratur di CDM. Jemput la baca entri terbaharu abam kie yg ada kaitan dgn blog amar... TQ.

    www.zukidin.com

    ReplyDelete
  4. Tak faham dengan konsep Maybank2u Premier. Fungsi sistem tu untuk apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti...tahu pasal mbb premier ni pun selepas account saving reject code...

      apa pun, maybank premier ni more pada enterprise account...proposely untuk perniagaan. kalau ada bussiness yang banyak melibatkan transaksi kredit debit..keluar masuk..better create akaun premier ! tq

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Duit Dari Internet