Sebenarnya dah lama aku tak bersukan, tapi banyak bersukan di dalam telefon je, maksud dalam telefon tu main game melibatkan sukan seperti bola, badminton, tenis, haha, sekarang macam macam game ada di google store, game mancing pun ada beb, dah tak payah nak pergi mancing real kat luar, mancing kat dalam telefon je, mudah, jimat kos dan masa, ikan pun besar besar, tapi online lah, haha.

Bila mula bersukan lepas waktu kerja, terasa ringan sikit badan ni, tapi lepas tu, sakit sakit badan, kaki dan tangan, tak tahu lah kenapa, mungkin banyak angin rasanya. Seronok bila bersukan, tak kiralah apa pun permainan, golf, badminton, sepak takraw, bola sepak, futsal, atleast 30 minit, setiap hari, barulah badan sihat otak cergas, kan?

BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Kalau dulu sukan yang aku minat, sukan sepak takraw, sukan yang paling best dan menguji ketahanan mental, siapa yang mental tak kuat, pasti kalah walaupun pandai main, sebab sepak takraw lebih kepada ketahanan mental.

Umur dah jejak 33 tahun, kena aktif sukan, asyik kerja siang malam, kaya nya tidak, kena fikir kesihatan badan juga, macam jaga kereta, sampai masa kena hantar pergi service, sama juga dengan badan kita, sekali sekala kena service, kereta rosak, boleh cari alat ganti tapi kalau komponen dalaman badan kita rosak, mana nak cari alat ganti ? Hidup hanya sekali, manfaat kan sebaik baiknya..

BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Terasa macam lee chong wei pula bila main badminton ni, tapi sayang bila dah lama tinggal sukan ni, pukul shuttle cock pun tak kena, Semput masa bersukan? ermm ok je kot..stamina masih ada cuma pukul bola je tak kena, badan dah berat angin hahahaha, jom kita amalkan kempen BADAN SIHAT OTAK CERGAS.

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. bila stop main badminton lepas habis belajar..terus badan naik ooo =(

    BalasHapus
  2. Sukan saya lain pula ni Saf..faham2 ja rumah di kebun tanah bergeran..woi rumput tak henti2..keluar peluh jg

    BalasHapus

Posting Komentar