Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Monday, December 04, 2017

Cara Membuat Banner Ukuran Sebenar

Hari ini aku nak share cara - cara nak buat banner mengikut ukuran yang sebenar dalam bentuk feet ataupun nama lain nya KAKI, sebagai contoh, 3 kaki lebar(W) x 10 kaki tinggi (H), tutorial ini aku fokuskan pada pekerja kerajaan terutamanya yang bekerja di bahagian teknologi maklumat, kadang kadang aku 'tergelak' dengan mereka, asalkan boleh je hantar softcopy banner yang telah mereka siapkan...persepsi mereka, yang penting nampak saiz sama seperti banner sudah cukup......! sedangkan jika print out hasilnya sangat menyedihkan...ukuran nya pula di dalam bentuk Pixels sebenarnya...resolution ? ah...jangan cakap lah....72! dan sepatutnya maximum 300 px...supaya hasil selepas print lebih jelas. Ada tu yang hantar dalam bentuk power point pun ada....kata nya design / softcopy banner tu ada di dalam power point...!! Banner dan bunting yang mereka tu, maybe boleh jadi banner blog, bukan nya untuk percetakan, kerana tidak sesuai...

Rahsia We Chat

Tutorial ini sangat asas dan mudah..so selepas ini, korang sudah boleh menjimatkan kos dan tidak perlu membayar upah tambahan design pada syarikat pencetak, hanya perlu membayar pada kos yang minimum sahaja...


Biasanya kalau ikut kan ukuran Feet...tiada di dalam photoshop..dan yang ada hanyalah ukuran Inci...jadi anda perlu terlebih dahulu convert feet itu di dalam ukuran inci...sebagai contoh, standard saiz bagi Bunting adalah 2ft (lebar) x 6 ft (tinggi), dan 1ft bersamaan dengan 12 inci....

Maka, untuk menghasilkan bunting 2ft x 6 ft , formulanya....2 x 12 , 6 x 12 ...akan dapat jumlah dalam bentuk inci iaitu...24 inci x 72 inci,  bersamaan dengan 2 kaki x 6 kaki. Boleh lihat cara cara untuk memasukkan ukuran yang sebenar di dalam photoshop di paparan (1) di bawah.

CARA CARA BUAT BANNER
Paparan 1
Bagi ruangan resolution, terpulang kepada syarikat percetakan yang biasa anda hantar..tanya mereka terlebih dahulu, berapa resolution minimum...kalau aku, biasanya standard 45 atau 100...sebabnya, lagi tinggi anda letak resolution, maka akan menjadi berat, semasa nak render atau save komputer mungkin hang ataupun save menjadi lambat...depend pada spesification komputer anda.... dan di photoshop cuba tekan butang CTRL + untuk view (zoom in) sampai 100%, kerana, itulah hasil print out bunting anda nanti....
cara buat banner safirulamar
Paparan 2

 Lihat paparan 2 di atas , untuk bahagian CTRL + zoom in 100 %. Itu sahaja...tutorial kali ini. semoga bermanfaat...

1 comment:

  1. 3 x 10 ..itu ukurannya..terima kasih infor ni ya

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi