Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Monday, May 14, 2018

Misteri Senduk Tiada Di Rembia

Sebuah lagi kisah misteri yang berlaku pada diri aku, berlaku di sebuah medan selera yang terletak di RNR Rembia....di kedai nombor 1. Masa tu aku kena mengajar di daerah alor gajah, nama tempatnya brisu ..ermm macam tuh lah...! sebelum ke sana, ingat nak isi perut dulu yang kelaparan..yela nak mengajar kan, kena bersemangat dan bertenaga, macam mana student nak faham, kalau gaya pengajaran nya macam acuh tak acuh macam gaya lecturer di berberapa IPTA dan IPTS...! 

Perut harus di isi, baru otak boleh berfungsi dan berfikir, dengan berbekalkan RM 30.00 di dalam wallet ketika itu...kebetulan terlihat medan selera di situ..! aku singgah lah sekejap..untuk alas perut..sebelum mengajar nanti...!

'Misteri' nya mula menjelma apabila tiada senduk di setiap tray lauk yang di sajikan...! ah sudah...! macam mana nak ambil kuah ni...! ketika itu bajet tak berapa nak ada....yelah RM 30.00 apa lah sangat yang boleh makan....! tiba tiba owner kedai datang (makcik tua) diam je....! aku tanya dia..mana senduk...! dia pun jawab...nak ambil apa ? aku jawab lah...nak ambil kuah dan bendi sedikit...!

Makcik tu jawab soalan aku, EH tak boleh.....kalau nak kuah dan bendi, kena ambil ikan sekali...satu set..! Adui..! masalahnya ikan dalam lauk tu semua besar gila..! berapa harga nya tu kalau set ? makcik tua tu kata....kalau set...semuanya RM 10, siap bendi, terung dan kuah...! eh..macam tu pula! bila dah tahu harga..RM 10...aku pun cakap lah...bukan nak makan banyak pun, cuma nak alas perut! ok la...ambil set...! 

Alasan nya...ramai pelanggan yang hanya makan nasi, kuah dan sedikit sayur...makcik tu tak boleh rolling modal! sebab harga ikan mahal! aku dengan konfidennya...kata nak satu set ikan pari, air kosong satu...! 

Ini kisah pelik dan misteri pernah aku jumpa....! macam ni punya peniaga pun ada...haha...hati hati kepada korang yang kalau ke Melaka terutamanya di RNR Medan Selera Rembia...!  Semasa pulang menuju ke rumah....aku tersenyum di dalam hati....! melihat gelagat makcik tadi.......! Sampai sorok senduk lauk tu!

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi