Seperti kebiasaan apabila pulang menuju ke rumah...setiba di perhentian lampu isyarat di persimpangan akan muncul si perempuan tua (india muslim) dengan bingkai gambar anak nya..meminta sedikit wang kepada orang ramai dari sebuah kereta ke sebuah kereta...perempuan tua tu bukan meminta saja saja..malah dia juga menjual tisu dan pen.

Pada suatu hari memang tiada langsung duit kecil di dalam dompet...yang ada hanyalah 2 (dua) keping RM 50, wang itu aku ingin gunakan untuk urusan kenderaan dan selebihnya belanja harian...cukup lah rasanya sampai hujung bulan....huhu.

Nak di jadikan cerita...perempuan tua itu semakin hampir...seperti biasa aku tetap 'memberi' walaupun sedikit tanpa mengambil sebarang bentuk fizikal dari perempuan itu samaada tisu mahupun pen...tapi pada kali ini, bukan terpaksa..tapi bila memikirkan kesusahan yang aku lalui pada ketika itu, rupa rupanya masih ada lagi insan yang susah, kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..kesian.



homestay

Aku memberi kan sekeping wang yang ada kepada nya...kelihatan gembira perempuan itu, harap di permudahkan lah urusan dia selepas itu. Terkebil kebil aku lepas tu...memandang wallet melihat apa yang ada di dalam wallet aku...haha...dalam fikiran aku...tak pa lah...apa nak kata, bukan rezeki aku, mungkin rezeki nya...

Aku malas nak fikir banyak, sebab hal itu dah lepas, kalau di fikirkan balik, boleh jadi amalan itu tak naik ke atas, sebab tak ikhlas dan mengungkit....cuma aku doa pada tuhan, agar di luas kan rezeki aku selepas itu. Alhamdulillah...selepas itu, tak putus putus orang telefon dan mesej, nak order bunting, banner, website dan sebagainya....dalam 10 orang , 2-3 yang jadi...tak apa lah dari tiada langsung kan?

Nasihat aku, bersedekah la, tanpa mengira latar belakang bangsa...kita mudahkan urusan orang lain dengan memberi...tuhan pasti membalas kebaikan pada kita, kalau bukan di limpahkan rezeki wang ringgit, mungkin anak anak kita semakin cerdik belajar, sihat dan hubungan harmoni.

Ayat yang aku pegang dari dulu sampai sekarang, petikan spontan dari kawan aku ketika berjumpa pada suatu masa dahulu, "kalau orang minta duit..bagi je! mana tahu dia tu malaikat ke apa....." haha..nampak lucu...tapi banyak manfaat nya...di suruh kita lebih bersedekah, walaupun pada masa itu kita juga kesempitan....! 

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.