Zeref Rayyan memang susah nak tidur baik di waktu siang atau malam, ada sahaja aktiviti yang dia buat di rumah, main masak masak, main kereta mainan dia dan sebagainya, walaupun mata dia dah berkelip kelip terkebil kebil tanda macam dah mengantuk nak tidur, tapi disebabkan hiper aktif semacam, terus bermain. Jadi penyelesaiannya, bawa dia keluar berjalan jalan naik kereta, walaupun sekadar pusing pusing dalam taman. Petang ahad ni cuaca panas terik, memang letih betul kalau memandu, tambahan pula hari ini, di waktu pagi ada kelas mengajar face to face subjek asas programming. walaupun sekadar mengajar di dalam kelas, bukannya lama pun 2 jam je, tapi penat juga kepala otak ini, sebab kena revise semula koding dan troubleshoot, mungkin sebab banyak fikir.

Selesai sahaja kelas, terus pulang ke rumah sebab rancang nak rehat dan tidur sekejap, sampai je di rumah, lihat zeref rayyan aktif bermain walaupun mata terkebil kebil macam nak tidur.

Dalam Islam, tidur tengahari sebagai suatu sunnah dan kebaikan sebagai asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti antaranya seperti Ibadah Khusus dan Ibadah Umum. Tidur sekejap pada waktu tengah hari bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah juga ada melakukannya.


Terlelap Di Dalam Kereta

Tidur siang (sebelum asar) ni bagus untuk kecergasan tubuh badan di malam hari, tapi janganlah tidur sampai esok baru bangun, haha itu bukan menyihatkan, itu melemahkan tubuh badan. Allah jadikan setiap hari cukup waktunya 24jam di mana 8 jam untuk bekerja, 8 jam lagi untuk berekreasi dan riadah seperti senaman, solat (juga satu senaman), bersukan, lakukan aktiviti yang kita suka lakukan, dan baki (8) lapan jam lagi adalah waktu sesuai untuk berehat (tidur).

Kesudahannya, sampai je di rumah, zeref rayyan terus  buka matanya dan cakap dah sampai rumah ke daddy? terus dia keluar dari kereta dan main semula macam biasa sambil makan aiskrim. Seronok hidup, meriah. tak apa lah, nanti dia penat dia tidur lah, asalkan bukan di waktu petang, sebab biar dia penat di waktu siang, supaya cepat dia tidur awal di waktu malam. Kalau kurang tidur, esok ada drama sinetron tidak mahu ke sekolah.  

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Kalau over tired badan, mula la cranky gitu... ^_^


    BalasHapus
  2. qailullah waktu tgh hari walaupun dpt 5 minit pun dah boleh buat badan jadi refresh kan

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.