Pada 19 Oktober 2021 yang lalu, saya telah di jemput oleh Politeknik Merlimau Melaka sebagai pensyarah jemputan bagi Webinar Presentation Tools In Accounting, Webinar ini di sertai hampir 100 pelajar baru yang bakal menjejakkan langkah di IPTA Politeknik Merlimau. Alhamdulillah Webinar berlangsung dengan lancar tiada masalah.

Pelbagai teknik mereka pelajari secara hands on, praktikal dan teori antaranya seperti Membina Graf, QR Code, Teknik Persembahan Berkesan dan Teknik Membina Montaj Video dan lain lain lagi, kesemua teknik ini sangat berguna kepada pelajar pelajar ini, terutamanya bagi menyiapkan tugasan. 

Webinar Presentation Tools In Accounting Politeknik Merlimau Melaka

Sebenarnya perisian yang terkini mempunyai banyak kelebihan, dan terpulang kepada idea dan kreativiti kita dalam menyiapkan sesuatu tugasan. InsyAllah kita berjumpa lagi pada penghujung bulan Oktober bagi Subjek Intermediate Excel dan Rekabentuk Kreatif. Kepada yang berminat mengikuti kelas saya, boleh mendaftar di SINI 

Lama saya tidak kemaskini blog ini, kerana sangat sibuk dengan aktiviti mengajar. Semoga kita semua terhindar dari wabak Covid-19 yang masih wujud dan akan menyerang sesiapa jua terutamanya yang lalai dan leka dengan prosedur yang telah di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan, walaupun kita di berikan kebebasan sepenuhnya, beringatlah demi keluarga dan insan tersayang. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Hanif
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    https://shopppermaniac.blogspot.com/2021/10/jom-tukar-bloglist-shoppermaniac.html
    JOM TUKAR BLOGLIST
    Blog saya ialah berkisar tips memasukkan bisnis online dan link kedai Shopee ke website

    BalasHapus
  2. Norma Baharu zaman kini..banyak online

    BalasHapus

Posting Komentar