Ramai yang masih leka dan sekadar sambil lewa menjalani kehidupan, mungkin kehidupan agak terlalu selesa, langsung tiada perubahan untuk menaiktaraf kehidupan diri, bukanlah hanya kerana wang semata mata, banyak definisi kekayaan itu pada diri kita, kaya ilmu pengetahuan, kaya jiwa hati budi, sentiasa positif dan sebagainya.

Bak kata pepatah yang sedang berlegar di sosial media, mereka dah rancang, kita yang lalai. Jangan kita meletakkan diri kita di dalam keadaan zon selesa yang pada akhirnya membunuh diri kita. Betulkan niat di dalam apa jua perbuatan, InsyaAllah niat yang baik, membawa kepada pengakhiran yang baik. Hidup ini sangat keras, perjalanan masih panjang, buat sehabis baik seperti tiada esok, dan kita yang menentukan hala tuju masa depan kita, hendak kemana? Belajarlah sesuatu yang baru demi menambah nilai, tidak salah kan?

Baru baru ini mendapat berberapa panggilan telefon bagi tempahan kelas mengajar tuisyen komputer, Alhamdulillah, sekurang kurangnya ada usaha ke arah menaiktaraf diri, mempelajari subjek berasaskan komputer bukanlah tiket terbaik untuk mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta. Bagi saya, secara peribadi, adalah niat kita dalam menuntut ilmu, jika ingin menambah baik nilai kualiti diri ke arah yang lebih baik, insyallah Allah permudahkan apabila kita berkhendakan sesuatu. 

Sentiasa Meningkatkan Kualiti Diri

Apabila kita berilmu dalam apa jua bidang, sudah pasti sesuatu output itu akan menjadi lebih sempurna. Jangan lah pula, belajar semata mata hendak hadiri temuduga di pejabat kerajaan sahaja. Adui. Jadikan ilmu itu sebagai pelengkap kehidupan diri kita untuk membantu urusan seharian kita, dan akhirnya apabila kita praktis setiap hari akan menjadikan kita lebih berdaya saing dan dapatlah membantu urusan kita kelak. 

Saya pun masih belajar dan terus belajar, kehidupan ini sangat mencabar, dan kita perlu mencuba dan terus mencuba agar tidak ketinggalan. Amalkan OQP iaitu Only Quality People , siapa diri kita, adalah dengan siapa kita berkawan. Percayalah..Percaya kekuatan diri, percaya pada diri sendiri, yakin dan teruskan belajar dan buat kebaikan, jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. 

Bila kita tiada ilmu, hidup kita akan sentiasa bergantung dengan orang lain yang pada akhirnya kehidupan kita di manipulasi dan di ekploitasi sesuka hati oleh orang yang tidak bertanggungjawab. kesimpulannya Jangan Jadi Bodoh. Sentiasa Meningkatkan Kualiti Diri, Jumpa lagi di posting akan datang. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.