Assalamualaikum semua, di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H kepada semua rakan rakan kenalan dan pembaca semua, baik yang mengenali secara online ataupun bersemuka. Harap masih belum terlambat, raya kan sebulan? kan? Sebenarnya raya tahun ini tak berapa menjadi, kerana tiada apa persiapan sempat di buat sebenarnya, orang melaka kata, asalkan boleh. Haha

Nasib baik sempat juga lah bayar Zakat Fitrah malam selepas pengumuman raya, Alhamdulillah, part yang lain tu, emm faham faham lah, dodol entah kemana, ayam dan daging lagilah..

Korang raya tahun ini macam mana? ok tak? Lama jugalah saya tak mengemaskini blog, ayat yang seperti biasa, banyak kisah yang hendak di ceritakan, namun apakan daya masa amat mencemburui, laptop pun sampai dah berhabuk. Nasib baik blog ini mesra SEO, jadi tidak kisah sangat soal trafik pelawat, pasti blog ini di lawati oleh netizen. Alhamdulillah. 

Selamat hari raya Aidilfitri kepada korang semua, maaf zahir dan batin jika saya ada menguriskan hati secara tidak sengaja sama ada menerusi penulisan saya ataupun secara perjumpaan fizikal. Kadang kadang saya tidak perasaan yang ada hati yang terguris dengan kata kata walaupun bergurau secara berseloroh. Soal menjaga hati ini, banyak perkara perlu di jaga sama ada melalui gaya penulisan , perbuatan atau dengan kata kata. 

Jaga lah ucapan dan hormati lah tetamu yang hadir ke rumah kita walau siapa pun tetamu itu, percayalah, tetamu yang hadir itu membawa rezeki dan membawa pulang bala dari rumah anda. Ini kan raya, kenapa perlu hendak mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati? Syukurlah rumah kita sentiasa di kunjungi oleh saudara mara walaupun setahun sekali. 

Kisah pahit di hari raya pertama, apabila seorang mak saudara memperkecilkan anak buah dengan perkara perkara yang remeh dan telah berlalu, cukuplah menghina, mencerca, menyindir mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya, Semasa hendak salam pulang, sempat pula mohon maaf dengan perkataan, maafkan makcik ye nak, Makcik hanya nasihat.

Hormatilah Tetamu Yang Hadir Ke Rumah

Mak saudara saya marah pada saya, katanya saya dah lama tak balik rumah emak sendiri, padahal rumah saya dan rumah emak saudara tu sebelah sebelah je berjiran, katanya saya mengabaikan emak saya lama tak balik rumah emak, padahal seminggu tiga (3) kali saya singgah jenguk emak saya. Saya betul betul tak faham apa masalah emak saudara saya tu. Dah nyanyuk ke apa..?

Semasa pulang menuju ke rumah, puas aku fikir apa salah aku sampai kena marah gila babi, emak aku ketawa sahaja..kerana dia lebih tahu dan kenal anaknya.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.