Assalamualaikum, kepada semua, terkejut buka blog sendiri, banyak betul iklan yang keluar, nasib baik iklan yang elok elok, selepas berjaya memfilter iklan iklan tidak sepatutnya. Alhamdulillah rakan rakan bloggers ramai yang masih update blog mereka, mana yang sempat saya blogwalking, zaman tiktok ni, lebih banyak santai bersama telefon. Zaman sudah berubah, dan secara jujurnya, saya masih suka menulis, kerana sebagai bloggers ni, feel dia lain.

Kita boleh curahkan segala idea, aktiviti yang di lakukan, pembelajaran, curahan rasa dan sebagainya melalui platform blog, Alhamdulillah, rakan rakan blog masih terus menulis di blog mereka, kadang kadang waktu boring, ada jugalah membaca curahan perasaan mereka, seronok bila membaca pengalaman dan laporan penulisan masing masing. 

Apa pun teruskan menulis memberi manfaat kepada orang ramai dan sebagai rujukan kita di masa akan datang, elok lah di abadikan di blog kita. Walaupun sudah kurang menulis di blog ini, alhamdulillah trafik view masih ada pengunjung, terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung di blog kecil ini.

Santai Menulis Mengisi Masa Lapang

Zaman ini serba mencabar, kita tidak boleh bergantung kepada channel tertentu demi survival hidup, dengan kenaikan kos harga barang, kepada ekonomi yang tidak berapa nak baik (bagi sektor saya), politik pemerintahan yang ke arah pemulihan, semuannya menjadi serba tak kena. 

Namun tawakal dan berserah kepada Allah S,W.T agar di berikan rezeki dan jalan keluar kepada sebarang masalah ekonomi, saya mula menjual barang di tiktok melalui kaedah Affiliate, sikit tak banyak dapatlah menampung kos yang semakin meningkat. Perit dan kena usaha pelbagai cara dan saluran. biar sedikit asal berkat. 

Jujur cakap, kehidupan semakin mencabar, peluang pendapatan di blog pun semakin kurang kerana anak anak muda lebih memfokuskan kepada tiktok dari segi carian info ilmu, review produk dan sebagainya, apa pun, ini semua berbalik kepada niat kita dalam menulis, dan akhir kata, blog is the best channel i've ever use. Santai Menulis Mengisi Masa Lapang

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar