Salam jumaat semua, semoga kita semua sentiasa sihat dan sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T Dalam keadaan dunia tidak tenang kerana keganasan israel di bumi palestin, kita di Malaysia pasti tidak tenteram, namun apa yang kita boleh lakukan selain mampu berdoa dari jauh dan mohon kepimpinan negara terus bertindak melakukan sesuatu demi kesejahteraan Palestin.

Kita sebagai rakyat Marhein tidak boleh keputusan sendiri, biarlah pihak pemerintah yang membuat keputusan demi mereka di sana. Marah? Ya semua marah dengan tindakan pengganas yahudi mengebom palestin, dan setakat hari ini, seramai 3800 rakyat palestin telah terbunuh, namun apakan daya kita sebagai rakyat biasa ni siapa? 

Mereka (Yahudi) mengawal semua saluran media, mereka menguasai ekonomi dunia dan bekerjasama dengan kuasa besar,  Banyak badan badan politik dan NGO yang menunjukkan Solidariti bersama Palestin, macam macam program mereka buat.

Solidariti Bersama Palestin
Gambar Sekadar Hiasan : Sumber dari Google

Dari program Bacaan Yasin, Doa kepada rakyat Palestin sehinggalah ke Konvoi Solidariti Palestin Bermotor. Pengisian nya bagus, dan berberapa insiden yang sudah di jangka juga berlaku. Antara insiden nya seperti, menghalang lalulintas pengguna jalan raya yang lain, bawa kenderaan dalam keadaan merbahaya dan kurang ajar. Dalam keadaan di dalam program yang objektif nya bagus kepada orang luar, tapi mendapat kecaman dan hinaan dari penduduk setempat itu sendiri. Bagaimana tu?

Sepatutnya, dalam keadaan menyertai misi ke arah kebaikan demi agama, hal hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak penganjur sepatutnya memberi taklimat lebih awal agar peserta menjaga kelakuan di atas jalan raya. Kepada para para NGO dan Badan Politik yang menganjurkan program menentang keganasan Yahudi di Palestin, Tahniah dan Syabas saya ucapkan.

Apa gunanya kita melibatkan diri ke arah program yang pada asalnya menuju kebaikan, tapi dalam masa yang sama, sikap dan perangai kita tidak selari dengan program kebaikan tersebut. Kalau buat sesuatu program kebaikan, janganlah semata mata hendak mendapat mileage politik dari kesengsaraan orang lain apatah lagi saudara seagama kita sendiri. 


1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Malah ada yang guna isu Palestin ni untuk pungut derma..masuk ke poket sendiri...marah saja rasa bila dengar berita macam ni

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.