Assalamualaikum, ramai yang tanya nak belajar komputer, ada yang betul betul berminat dan ada juga hanya sekadar bertanya tanya sahaja. Tak apa, sudah biasa, cuma perkara pertama saya semak, adalah tarikh dahulu sama ada available atau tidak, risau bertembung dengan program atau kelas yang lain.

Cuma saya nak beritahu yang buat sementara ini, saya tidak dapat menyediakan pusat komputer yang khusus untuk pembelajaran buat masa ini kerana pusat tuisyen yang sedia ada telah pun di jual. Walaumacamanapun, kelas komputer masih tetap berjalan seperti biasa cuma dalam keadaan saya ke lokasi pelajar fleksibel di mana mana tempat, asalkan pelajar itu selesa dan persekitaran yang sesuai dengan mod pembelajaran.

Kursus Pembelajaran adalah secara hands on daripada saya, dan menggunakan method yang mudah di fahami dan sesuai dengan kehendak objektif pelajar.

Kursus Pembelajaran ICT Negeri Melaka

Dalam ilmu pembelajaran sebenarnya saya tidaklah menetapkan amaun yang besar ataupun tetap, yang penting apa yang saya nak lihat adalah sejauh mana usaha (effort) pelajar dalam mencari ilmu. Inshallah saya bantu sedaya upaya.

Kepada yang berminat untuk mempelajari subjek subjek komputer seperti Adobe Photoshop, Ilustrator, Microsoft Office, Asas Editing Video dan Sebagainya, boleh lah menghubungi saya. 

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.