banner-2017-mcj biznes shopee IKLAN SEWA Pengedar Shaklee Bangi

15 Mei 2013

Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

Kalau dah job hakiki pun sebagai Designer. kalau tunjukkan bukti macamana pun akan tetap dianggap edit. pui, maaf kali ini betul betul, bukan main main..haha. Pada 11-13 Mei 2013 aku dan group group old timer (orang lama) dari Selayang, Selangor seramai (8) lapan orang telah pergi ke Endau Mersing, Johor, dengan tujuan memancing di laut dalam. Huh pertama kali wei aku mancing di laut dalam! Biasanya, kalau mancing laut pun,  di kawasan pantai je...

Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

Hari pertama aku dah mabuk atas kapal, nasib baik pakcik pakcik ni semua ada bawa pil mabok, aku telan pil 2 biji ubat mabuk. lepas tu, ambil masa juga la untuk sembuh, meleperr je, Susah juga jadi nelayan ni, bayangkan, aku baru (3) tiga hari atas kapal tongkang, dengan tak mandi punya la rimas, jamban cebuk semua  entah kemana, semua campak ke laut, dah tak malu malu dah, aduhai. tapi yang best nye , bila time makan!! haha sebab dapat makan ikan segar . haha memang terbaik! Itulah pengalaman yang terbaik...setakat ini.

Di hari kedua aku dapat ikan, wei agak besar dari kebiasaan dari sebelum ini di pantai, dengan rod dan mesin standard level pantai, memang tak sangka, dapat dua (2) ekor ikan gred A iaitu ebek (GT) dan jemuduk. 

Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

Macam nak patah tangan masa nak tarik bawa naik ikan ebek ni. lama juga la bertarung, tapi memang best trip memancing ni. betul betul pengalaman berharga, rasa macam nak pergi lagi lah. memang berdikari gila lah! survival! haha lepas ni plan nak beli joran dan mesin kategori laut dalam lepas ni! 


Endau Trip 2013 Penderitaan berakhir kenangan manis

Memang layan trip endau mersing ini, walaupun tak mandi selama tiga hari, dan tak selesa pun sebenarnya, dengan panas melekit bau air masin,  tapi memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. memang penat jadi nelayan ni, serius, bayangkanlah ada nelayan yang duduk kat laut 2 minggu pun ada dan berminggu minggu, ermm lagilah, pehh! mereka dah biasa, tak apa,  tapi yang untungnya peraih. lepak tunggu bot sampai  dan deal harga murah direct lumpsum je!

Muka aku dah hitam..



Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih