Safirul Amar Azmi Blog! lazada best Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, May 30, 2012

Secure Your Content

Pernah tak akaun facebook dan laman sosial anda yang lain di godam? haha. apakah perasaan anda apabila ada orang lain menggunakan akaun anda sewenang-wenangnya? berhati-hati. penceroboh sentiasa ada dimana-mana.

Bila sebut kena hack ni merupakan masalah serius, bila sebut ICT je, kita sentiasa terdedah. ada orang kata hack  manusia lagi senang dari hack teknologi? haha. yes memang betul. Maybe ada antara korang semua yang terlalu 'GILA' kan kuantiti friends di laman sosial! ramai yang add maka anda mungkin ramai kawan dan menjadi suatu kebangaan! kalau kurang kawan, kena ejek! haha, tapi sebenarnya anda lebih ramai musuh dari kawan. mereka hanya merupakan pemerhati dan hanya melihat gerak geri anda  sahaja. Itulah masalah kita sekarang, terlalu banyak sangat info penting dan gambar-gambar peribadi diletakkan untuk tontonan semua orang termasuk global, zaman sekarang, guna gambar pun boleh sihir!  haha.

Tuesday, May 29, 2012

GOLF

Tenis, badminton, sepak takraw, hantu galah, bola sepak dan futsal semua permainan tu aku main dan boleh! hehe , kalau ada orang ajak memang aku join. Boleh dikatakan memang dalam seminggu, 3 kali  aku akan bersama kawan-kawan bersukan sakan main badmiinton ataupun futsal, emm mancing tuh sejenis sukan tak? sebab mancing setiap ahad. haha

Dan dalam banyak-banyak sukan yang aku list kan kat atas tu, sukan yang nampak macam fresh dan comfirm penat dan baru berjinak-jinak adalah tenis. susah betul eh main tenis ni. haha, dah kerja kat bandar, sekali sekala kenalah tukar selera, cuba sukan bandar pula! hehe

Bila sebut pasal sukan bandar (sukan orang kaya) ni, dan dari dulu memang tak terlintas pun aku nak main, langsung takde feel ialah GOLF! maintenance tinggi! entah macamana la, aku boleh terjebak dengan sukan GOLF ni, dalam diam-diam dah ada GOLF SET! haha.

Buat masa ni belum try lagi, cuma kumpulkan peralatan nye dulu. hehe, kalau korang pun 'kaki menebas' juga, jom kita main golf!  bukan maya ok, tapi real ! takde geng la.  haha.

Bengang! Weh

Peh! Jobs dah setel, tapi bila tang payment macam sual. paling lembap macam siput. tak fair la, kalau nak cepat, sama-sama cepat la, aku tak faham la dengan manusia jenis ape ni weh. langsung tak menjaga hati vendor macam aku ni. nak cepat aku dah kasi yang terbaik! nak ubah, dah kasi ubah 18 kali, tapi kenapa? kenapa? kenapa? bila gua sms atau call minta payment terus tak reply, buat dek je. aku tak marah, cuma nakkan penjelasan je kenapa dan apakah status payment aku! tu je, sekurang-kurangnya kau angkat panggilan dan jawab SMS aku, nampak macam kau jujur dan gentle bro!  Apelah salahnya angkat telefon kan,kan,kan, cakap baik baik contoh macam ni, " bro, tang payment ko ni, kewangan kata tunggu lagi 18 tahun, lagi! sebab diorang masih belum proses ".
 
hahhhhhh, kan senang macam ni, lagi 18 tahun!. so, aku tunggulah lagi 18 tahun lagi, baru dapat RM 600.00 hengget, bukan 6K pun, ratus-ratus je. itupun tunggu 18 tahun, kalau billion-trilion2x, hahaha, 18 tahun korang kalikan dengan 10 la gamaknya. Memang 'habis madu, sepah dibuang' weh! alahai lahai hai hai, aku punyalah tak tidur siang dan malam semata-mata nak siapkan jobs design tu, dan hasilnya client dan company puas hati! bila tang payment....grrrrrrrrrrrrrr! aku nak tukar tayar kereta ni,.grrrr.

Monday, May 21, 2012

Al Fatihah-Daim Jamaludin

al fatihah

Al Fatihah buat sepupu rapat aku DAIM BIN JAMALUDIN yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada pagi 9 Februari 2012 kerana kemalangan jalan raya selepas menghantar ibunya. Arwah seorang budak yang baik dan hormat orang tua, kami amat terasa kehilangannya, memang tak sangka, beliau pergi meninggalkan kami dengan begitu cepat!

Sunday, May 20, 2012

Tudung

Orang perempuan sekarang beli sehelai tudung sampai RM 200 hinggit pun ada, macam macam bentuk ada tudung bawal la, tudung ombak rindu la, tudung yuna la, semua tu tak mencerminkan keayuan beb, serius. ada pula tudung yang terjungkit macam bonggol unta pun ada. tapi yang paling best bagi aku la, tudung fesyen lama macam kat bawah ni. ala yang pakai cucuk pin-pin tu, dan yang penting tutup aurat.


Aku pernah jalan jalan kat car boot sale , ada orang jual tudung 5 helai Rm 10.00, aku tengok nice la, kalau pakai comfirm menarik dan nampak old-school, ala fesyen tudung lama macam gambar kat atas tu. sikit lebih kurang la. era 90 an punya tudung guna jarum untuk klip.  Sekarang ni macam-macam jenis, ada yang terus sarung je..wow!  dan daripada korang pakai tudung moden yang mahal-mahal ni baik korang pakai tudung fesyen macam bawah ni je. biar tudung apa pun asalkan kena padan dengan diri kita dan tutup aurat. itu yang penting. haha

haha

Thursday, May 17, 2012

Kena ambik tahu

Ramai anak muda dan masyarakat bersikap malas nak ambil tahu hal-hal politik negara, lepas tu bila bercakap pasal politik tak menggunakan otak! tuh yang hidup segan mati tak mau tu. haha. korang nak sokong apa pun aku tak kisah, tapi kenalah rasional bila berkata-kata, bercakap dengan fakta dan bukti yang kukuh, kita marah bila orang menipu kita, tapi kita bercakap tanpa soal selidik terlebih dahulu, tu spesis apa plak tu? spesis baghal kot. haha

Canggih Manggih

haha..korang dulu pernah beli tak kaset? piring hitam? harga mahal gila, dulu mana la ada CD MP3 ni semua, nak beli pendrive pun mahal! rasa-rasanya dulu era 90 an paling manggih pun walkman cd mp3, haha..kan kan haha

sekarang ni artis ramai yang takleh cari makan, hasil karya mereka dirampok dengan sonangnyo eh..haha, download je, berdesup! tapi kalau betul korang minat mereka dan nak support 100%, sure korang beli yang original stuff diorang kan untuk buat koleksi peribadi yang menunjukkan yang korang support gilo dengan artis tersebut. kan kan kan, walaupun artis tersebut tak kenal pun anda.Aku minat butterfingers dan loque , aku beli CD mereka, no pirate okay. original ye. tuh la CD original yang terakhir aku beli, sebab nak sokong industri muzik tempatan, buat apa support artis indon? baik kita sokong muzik malaysia.

Apa yang membantu artis-artis melayu, cina dan india kita ni semua sebenarnya? media prima wujudkan program-program realiti seperti mentor, maharaja lawak, one in million, versus, muzik-muzik dan banyak lagilah, kalau nak harapkan pada penjualan lagu mereka memang tak memuaskan la, dubbing pun berleluasa. penulis lirik, pencipta lagu, penyanyi semua dapat ganjaran hasil karya mereka di program realiti ini, apa yang nampak disini, ada lagu-lagu mula dikenali bila diselitkan dalam program drama/filem tempatan dan menjadi theme song drama tersebut. apa yang penting, aku dah mula minat band Hyper Act disebabkan drama seindah sakura dalam slot program akasia TV3 jam 6.30 petang. memang best. haha..baru lepas muat-turun lagu ost tu. haha. best.. 

Tuesday, May 15, 2012

Penyalahgunaan Laman Sosial

Aku selalu dengar mak bapak yang suka menyalahkan laman sosial / teknologi  sebagai punca utama dalam kerosakan akhlak anak anak mereka. begitu juga dengan senario politik semasa dan hiburan, ramai yang tidak bersatu padu dan berpecah dan menggunkan pelbagai platform laman sosial seperti blog, facebook, friendster, twitter.

Teknologi tidak bersalah dan bukan punca utama sebaliknya yang membuatkan ICT abuse ini adalah diri anda sendiri, Your Behavior! sikap! 

Saturday, May 12, 2012

Nama atas batu

daus
hahaha..lepas ni nama daus alai comfirm meletop! sebab sesiapa yang datang kat kawasan riadah kat Alai Melaka ni, nampak nama dia atas batu! hahaha

dah macam kubur daus alai dah! haha..dalam Islam jika ukir nama di atas batu nesan adalah makruh! dan boleh jatuh haram, melainkan makam-makam wali-wali, dan ulama islam!...emm..

lain kali letaklah no telefon, boleh contact2x..haha..daus2x, kalau nak famous janganlah buat vandalisme, rosakkan harta kerajaan! pui

Steady Johan! Yehaa!


Steady Johan , afdlin  dan sharifah. korang memang mewakili suara rakyat Malaysia! bersih pakatan ni memang menyusahkan semua orang. haha..udah, udahlah...haha

pencacai pas rata-rata ramai yang tak suke dengan video ini, dan mereka sepakat untuk memboikot johan dan berberapa pelawak yang melakonkan watak-watak dari bangkang dari longkang ini.

johan
Tengoklah ragam-ragam pencacai pas yang bodoh ni, suara rakyat 1malaysia, pun UMNO masih disalahkan. adoyai. you are the best Johan! hahaha

Thursday, May 10, 2012

Jozan FC

JOZAN

Yehaa! dapat baju dah wei, untuk pengetahuan korang semua, johan pun dah pakai design baru T-Shirt roundneck official ni, so? korang diluar sana yang menyokong Jozan dan mahu mendaftar, sila PM di FB saya http://www.facebook.com/safirulamar atau email saya di safirulamar@gmail.com nama penuh, no KP, no telefon serta alamat surat menyurat korang. saya akan forward borang keahlian dan sila isi. Apa benefit yang korang akan dapat jika menyertai Jozanners ni? 

First, korang dapat ramai member-member  baru didalam jozanners ni, korang boleh berkongsi maklumat isu isu semasa hiburan, pasal jozan dll, suai kenal dan macam macam lagi, kedua, jika penyertaan di peringkat negeri agak memuaskan dan ramai, berkemungkinan kita akan buat gathering bersama jozanners dan crew serta berberapa program riadah, boleh invite johan dan zizan sekali, Fan Club yang mendaftar secara rasmi dengan peminat biasa yang tidak mendaftar lain keistimewaannya, untuk mendaftar keahlian korang hanya perlu membayar RM 30.00 dimana korang akan dapat secara automatik keahlian jozanners secara rasmi, dapat free t-shirt dan sijil pendaftaran pertubuhan jozanners FC. jika ada lain-lain goodies, insyaallah saya akan beritahu, semuanya terpulang pada jozan fc crew la.

Nama haiwan..

Hai kenapalah nickname kawan-kawan aku nama binatang liar dan serangga ni?.  ada kucing, ada katak, ada belalang, ada 'ceng' sebab apa, sebabnya cengkerik! pui! nama mak bapak kasi memang dah cukup sedap, tapi bila panggil dengan nama-nama tak sepatutnya dipakai oleh seorang manusia! haha

dah tu bila panggil, ada respon lak tu...! haha..masalahnya disini, bila asyik panggil kawan-kawan guna nickname tu je, sampaikan terlupa nama sebenar member! peh! bila pergi rumah member yang nickname dia belalang, lepas tu mak dia plak yg keluar tanya kita cari siapa? emm aku termenung jap..emm...emm...nak cari belalang makcik....haha...adoyai. memang puii ar..! haha

Tuesday, May 08, 2012

Janganlah Pandang-Pandang.

Kenapa bila kita berhenti di traffic light, kenderaan di sebelah kita berhenti tidak sebaris dengan kenderaan kita? sedangkan banyak ruang kosong lagi? Kenapa perlu tidak sebaris dan menyusahkan orang di belakang anda?  mungkinkah pemandu tersebut tidak mahu dipandang-pandang? hahaha

Korang perasan ? atau buat buat tak perasan?, ape dia ingat aku terhegeh-hegeh ke nak pandang kiri kanan pandang dia? pui, sorry la, ek eleh, perasan! haha. kalau taknak kena pandang-pandang jeling jeling , Tinted je kereta, habis cerita, pui! baru privasi!  haha

Sekiranya melanggar belakang kenderaan orang lain, mungkin boleh kena saman RM300 (tidak dapat mengawal kenderaan Seksyen 119 (2), maybe orang itu, mengikut etika memandu yang betul? haha

Sunday, May 06, 2012

Apa yang dapat? ..haha

Korang sokong kelab-kelab bola sepak luar negara sampai fanatik dan bertekak ni semua apa yang korang dapat eh? haha. samalah dengan aku, aku peminat tegar AC MILAN tapi sekarang dah tak minat kot, sebab player yang aku minat dah pencen!  Prestasi AC MILAN pun dah down,..alahai.

Ada fans yang sampai memaki hamun, ejek mengejek dan bertumbuk! masing-masing men'declare'kan diri mereka peminat setia sehidup semati secara unofficial! maka tertubuhlah sebuah kelab peminat yang tidak berdaftar!  tapi oklah, daripada melepak tak tentu pasal, baik tengok bola. haha.

Daripada korang tengok TV ramai-ramai tonton perlawanan team korang 2 jam, apa kata korang up lagi 4 jam, untuk pergi memancing. sekurang-kurangnya, memancing dapat Ikan dan boleh dimakan, tapi bola? korang nak makan bola ke? haha...korang sokong bagai nak gila sampai putus kawan pun, bukannya kelab EPL tu kesiankan korang ke, ape ke. baik korang sokong kelab bola Malaysia. sekurang-kurangnya, korang boleh nampak kelibat mereka buat part time jika mereka tiada 'job'( perlawanan) , dan mereka boleh meluangkan masa dengan anda dalam jangkamasa yang agak panjang.

Kalau korang nak kena 'kopok' cubalah lalu depan 10 orang penyokong Man U dengan memakai baju Chelsea, provok team mereka, dan pastikan pada masa itu, perlawanan antara Man U dan Chelsea sedang live dengan Chelsea mendahului Manchestee 2-0. Cubala. Hah...Itulah yang korang akan dapat sebenarnya....haha..

Thursday, May 03, 2012

Lipas yang biadap

Kenapa boleh ada lipas di dalam kereta aku ? pelik, dari mana datangnya beliau? entah-entah, bukan lipas je yang ada, mungkin ada lipan, ikan gelama, sarang burung layang-layang, ular daun dan macam-macam lagi la. 

Rupa-rupanya bukan dalam kereta aku je yang ada serangga ni, kat kereta member-member aku pun banyak! haha. Kalau nak beli umpan buat mancing, dah takpayah nak beli cengkerik kat kedai!, kutip dalam kereta je...haha, emm kalau tanam sayur dalam kereta boleh tak?

Orang kata kalau parking bawah terik panas matahari, buka sedikit tingkap agar bahang dan "gas beracun" yang datang dari body car plactic fiber terbebas! emm....kemungkinan ada logik disitu! dan seterusnya dapat membebaskan bahang kepanasan!Nah, disebabkan teori itulah mungkin lipas masuk dari celahan tingkap yang terbuka sedikit? Aku memang suka parking bawah pokok dan makan dalam kereta. So kesimpulanya, jika anda tidak mahu lipas mengekori kemana sahaja anda pergi, janganlah parking bawah pokok dan letakkan tong sampah mini di dalam kereta anda agar sisa makanan dapat dibuang di tempat yang sepatutnya. 

Bakat terpendam

Aku tak sangka yang aku rupa-rupanya terer memasak, bukan setakat Nasi goreng pataya, kampung dan paprik, asam pedas dengan sayur masak ape jenis pun boleh,  hebat kan aku!...haha

Andai aku diberi peluang untuk menjawab soalan orang-orang yang bertanyakan soalan seperti Apakah Cita-Cita Awak? Comfirm aku akan menjawab Tukang Masak atau Chef la weh! haha

Buang Top Navbar

Korang ada blog sendiri tak? rugilah korang kalau takde blog sendiri! kalau korang perasan di area paling atas di blog anda (jangan tengok kat blog aku, sebab memang dah takde sebab dah delete! :), perasan tak ada satu line tertulis perkataan seperti report abuse, share, search, sign out dan sebagainya,  function ini dipanggil Nav Bar, sebenarnya korang boleh buang terus benda ni, memang sangat menyemakan! tapi terpulang pada korang semua. haha

buang
 
Bagi pendapat aku la, dengan adanya Nav Bar, kalau ada orang nak dengki dan tidak puas hati dengan blog kita dia boleh tekan report abuse or Flag berulang kali, sampai blog kita tidak boleh akses kerana suspended , aku tak pernah kena sebab aku dah buang Nav Bar ini, tapi korang boleh praktikkan di blog-blog korang, emm untuk melindungi maklumat blog korang semua dan keseluruhannya. Ada screen shot disediakan untuk korang, selamat mencuba!! Sharing is caring! cegah sebelum terlambat! tak salah kalau mencuba..hehe


Duit Dari Internet