Dari mana datang 2 ketul tahi ni? betul betul misteri, di depan rumah lak tu..siapa pula yang melepaskan tahi disini, adakah ada unsur unsur khianat? dengki? iri hati? atau sabotaj? ermm tidak mungkin, aku pasti dan aku rasa tak marah sesiapa pun minggu ini, masakan pula ada orang yang ingin khianat dengan aku.
Betul betul misteri ni..kebetulan aku keluar rumah sebab nak beri udang dan ikan peliharaan aku makan, kesian diorang,lapar..hehe, oh rupa rupanya kewujudan '2 ketul tahi' tadi rupa rupanya adalah belacan yang aku buat untuk dibuat umpan mancing petang nanti lah..saja je bikin suspend. Haha

Oleh kerana laut pun bergelora sekarang ni, cuaca tak berapa baik, takut sikit lah nak mancing kat laut, bukan apa, bila air deras, angin lak kuat..bahaya, aku pula suka memancing sorang sorang, tak nak bawa ramai ramai, buat semak kepala aku je, nanti..satu hal lagi nak buka umpan lah, mata kail tersangkut lah...alahai.. hehe. Ah mancing dekat sungai atau tali air lah harini. tapi sebelum mancing kenalah buat umpannya dahulu kan? kan? kan? makanan untuk ikan darat yang biasa aku gunakan seperti cengkerik, cacing dan belacan. Umpan belacan ni kalau nak guna, pastikan pada air kena JERNIH, dan target yang sesuai seperti anak anak ikan puyu (betuk), ikan haruan, untung untung dapat ikan besar. ingat, air mestilah jernih.
Lepas ni kalau orang perempuan yang mana minat mancing, tapi tak sanggup atau geli nak pegang cacing atau cengkerik, bolehlah buat belacan, sambil tunggu ikan, boleh lah cuba cuba telan belacan....hahaha
Cara cara nak buat umpan belacan. hahahah ini pun kena ada tutorial juga, jangan terkejut. sebab ada orang tanya, mana tahu lepas ni, kalau korang nak pergi mancing dengan hubby ke dekat sawah , sungai atau tali air, bolehlah buat umpan belacan. kan?
![]() |
gambar1 |
1) Sediakan bahan bahan untuk membuat umpan belacan, belacan sedikit dan tepung.
![]() |
gambar 2 |
2) Masukkan bahan bahan tersebut di dalam satu bekas, tepung dan belacan, pastikan tepung jangan terlalu banyak, lebih kurang satu gengam je, kalau belacan sedikit macam dalam gambar 2 diatas.
![]() |
gambar 3 |
3) Masukkan air sedikit, Ini bagi memastikan umpan tidak mudah hancur semasa di dalam air dan gaulkan (lihat gambar 3)
![]() |
gambar 4 |
4) Jika belacan sedikit lembik di sebabkan terlebih masukkan air, tambah tempung dan pastikan umpan belacan melekat , supaya ketika di dalam air, tidak mudah hancur dan tertanggal.
Dan hasilnya....haha...menarik kan? korang jangan makan, ini makanan ikan bukan untuk korang tau. hahaha
Hah, apa lagi...jom siapkan le apa yang patut..
Dan selepas tiba ke destinasi...terus terjah di kawasan lubuk..setelah dikenalpasti!
Mengantuk, dan terus mengantuk...tapi nyaman dan tenang sebab ada sawah padi, aku nampak hijauuuuu, tenang sikit mata ni dan hilang migrain aku! ramai lak awek berselfie keriangan.
Tapi, tiba tiba di ganggu oleh segerombolan.....
Takde la tempat lain nak lalu..belakang aku juga nak lalu...hehe nasib baik tak pakai baju warna merah, yelah takut lah tiba tiba diorang sondol aku terus masuk dalam tali air. hehehe
Kesudahannya..aku tak dapat ikan langsung hari ini, penat aku buat belacan! sebab keadaan air tak berapa nak jernih, keroh. tapi aku tetap gumbira... sebab dapat tengok lembu, kuda,awek dan sawah padi terbentang luas. haha terbaik!
hahahaha lahhh ingatkan apa . umpan rupanyaa .
ReplyDeleteHahahahaha
DeleteHaha buat suspen jee. Tengok gambar tak macam tahi pun kah kah
ReplyDeleteHahahahaha habistu cmne laaakkm gupenye
Deleteeh, tak pernah tengok tahi kah? kekeke
DeleteMesti mengkaji ni...
Deletehttp://madey09.blogspot.com/2014/12/jom-menderma-kepada-mangsa-banjir.html datang tengok ya...huuuu! dapat sedut udara segar . Mula2 tu ketawa tau sampai mama tengah tengok berita katanya " awak kenapa ketawa seorang ni"..hahaha..umpan pula ..hei ingat kan betul..saf2 ..bagus masuk raja lawak hehehe
ReplyDeleteada ja saf joke..hehehe..
ReplyDeleteala kenapa seorang ja..bawa lah teman ..melaka aman ya.Semoga tak lalu banjir kat sana ya...
ReplyDeleteala kenapa seorang ja..bawa lah teman ..melaka aman ya.Semoga tak lalu banjir kat sana ya...
ReplyDeletetu laa berak merata lg...smpai tlupa...haha
ReplyDeletesuspen sguh entri nie
cissss! hahaha
Deletelokasi tak cukup ngam tuh, kalau tak mesti dah dapat ikan nyer...kalau dapat lampam, pergh, sedap buat pekasam...pekasam lampam lagi sodap dan senang dimakan compared to puyu...heheh ;3
ReplyDeleteaku tak makan ikan darat...suka suka je mancing ikan darat ni..bela ataupun jual.tu je...hehe
Deletewah...best ke? wowww
ketahian apakah ini? suspend gila! hahahaha
ReplyDeleteingatkan roti yg dikepal..
ReplyDeletesya berani pegang cacing..! ahahah..no hal punya..
wah,bagus la air laut tgh bergelora,eloklah cari port lain spaya tak terjebak dlm masalah di kemudian hari.. jgn tempah maut.. hehe
agaknya kalau bagi lembu bau belacan , dia nak ke? huhu..
p,s.lembu buta warna.. tak ada masalah pakai bju merah
ok! noted..dah faham dan baru tahu BUTA WARNA...hehe ..
DeleteTQ Nana