Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Monday, December 01, 2014

Kusut itu SENI

Ya kadang kadang betul kata bijak pandai, tak perlu berkata-kata, hanya sekeping gambar sahaja, mampu menerangkan 1000 perkataan, kekusutan dah tak tertanggung...hanya mampu diterjemahkan di dalam lukisan sahaja. Tuhan jadikan setiap sesuatu itu berpasang pasangan, ada bulan ada pula matahari, sejuk dan panas, barat dan timur, lelaki dan perempuan dan sebagainya, begitu juga dengan kusut, di sebalik kusut akan ada ketenangan, bila kita benar benar menghayati kekusutan dan menterjemahkan dalam bentuk lukisan dan mewarna...hahaha

Ok, kita kembali kepada topik iaitu kusut itu SENI , tahukah anda di sebalik kekusutan pasti ada keindahan di sebalik itu? aku sangat kusut hari ini di pejabat, banyak benda yang nak kena jawab on the spot, stress dengan orang yang menolak kerja, orang yang menunding jari tanpa berbuat apa apa, orang yang pandai berkata kata tanpa tindakan dan.....grrr..STRESS! Apa boleh buat....lebih baik berhadapan dengan pokok dan haiwan..mereka pun faham dan tak banyak songeh. Lebih baik buat ART THERAPHY! heee..

A picture will describe and worth than  a thousand words

Aku sabar dan aku siapkan semua kerja kerja perlahan lahan tanpa mempedulikan suara suara mahkluk asing yang menganggu!! kadang kadang aku mencuri masa dengan melukis dan mewarna walaupun tidak pandai dan hasilnya aku berjaya menghasilkan kekusutan di dalam bentuk lukisan yang kusut masai seperti di atas! haha. bila aku lihat semula lukisan aku yang penuh dengan warna warni, aku kembali ceria dan baru aku tahu, yang kusut itu adalah SENI rupanya jika di hayati! Untuk makluman korang, salah satu cara untuk menghilangkan stress ialah dengan mewarna, dan cara ini di panggil ART THERAPHY! Hanya aku sahaja yang faham apa yang aku lukis..Hekkkk

ONCE YOU SET YOUR MIND, THE BODY WILL FOLLOW..

9 comments:

  1. Salam mesra ;)

    Jemput join segmen CN yer ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  2. Kusut itu seni??pening kepala tengok..conteng muka boss ke tu?huuhuuu

    ReplyDelete
  3. Hahaha hey i know what you mean... mewarna itu therapy ;3

    salam kenal, dari blog anamizu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm kenal....
      Pandaiiiiiiiiiiii......bila strrsss cuba mewarna...heee

      Delete
  4. kalau sy nak hilangkan stress dengan menconteng. .hahaha. .memang boleh hilang stress tu. . :D

    ReplyDelete
  5. tu betol stress tu. bersimpang siur dah nengoknye haaaa. tp xpe ada seni. kaler-maler bagaikan pelangi kikiki

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi