Safirul Amar Azmi Blog! involveasia digipostpaid Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE FreeLipGloss

Monday, March 21, 2016

Cara Melakukan Perkongsian Fail Dan Dokumen

Bagi anda yang tidak mempunyai hosting server dan tidak tahu macam mana nak kongsi fail anda dengan rakan rakan, saya mencadangkan anda menggunakan perisian Media Fire, perisian ini adalah percuma dan anda di berikan 12 G bagi setiap satu akaun. Seperti biasa sebelum mendaftar, anda perlu mempunyai alamat email, samaada google, yahoo, ymail atau dan lain lain bagi tujuan pendaftaran akaun, atau samaada melalui facebook.

Perisian Media Fire membenarkan anda memuat turun pelbagai format seperti pdf, docx, mp4, mp3 dan sebagainya, secara tidak langsung memudahkan urusan anda dalam melakukan perkongsian maklumat. Sangat mudah dan tutorial memuat turun fail atau dokumen ada di bawah.

Cara cara nak membuat perkongsian fail menggunakan Media Fire? ikuti langkah di bawah ini;


 1) Macam mana nak buka media fire? boleh tekan di sini

2) Selepas anda dapat membuka akaun Media Fire (Lihat gambar 1 di bawah). Paparan seperti di gambar 1 , terdapat butang Upload (Upload fail), Create folder, dan Create textfile.

File Sharing
Gambar 1



3) Untuk memuat turun fail, audio, dan lain lain, tekan butang UPLOAD, dan terdapat dua (2) cara samaada upload daripada PC Computer atau daripada Website. (Lihat Gambar 2)
File Sharing
Gambar 2
 4) Sebagai contoh, jika memuat turun fail daripada komputer anda, sila pilih From My Computer, atau tekan butang U (di keyboard anda). (Lihat gambar 2)
File Sharing
Gambar 3
 5) Selepas itu, mulakan sesi memuat turun fail yang anda ingin kongsikan (Lihat gambar 3), tekan butang (+) (Lihat Gambar 3), dan selepas upload fail dalam ruangan Select File To Upload, tekan butang Begin Upload.
  
File Sharing
Gambar 4

6) Jika anda mahu Share docoment, audio (Lihat Gambar 4), pergi ke anak panah seperti di dalam paparan, dan tekan butang Share. Anda akan di bekalkan url (link) dan rakan rakan anda boleh memuat turun fail yang anda ingin kongsikan melalui url (link) tersebut.


Semoga berjaya dan selamat mencuba mengenai cara cara melakukan perkongsian fail dan dokumen ini !! Banyak perisian boleh di gunakan untuk kongsi fail anda, antara nya melalui Dropbox..apa apa pun selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.