Bagi anda yang tidak mempunyai hosting server dan tidak tahu macam mana nak kongsi fail anda dengan rakan rakan, saya mencadangkan anda menggunakan perisian Media Fire, perisian ini adalah percuma dan anda di berikan sebanyak 12 Gig kapasiti storage bagi setiap satu akaun emel. Seperti biasa sebelum mendaftar, anda perlu mempunyai alamat email, samaada google, yahoo, ymail atau dan lain lain bagi tujuan pendaftaran akaun, atau samaada melalui akaun facebook.

Perisian Media Fire membenarkan anda memuat turun pelbagai format seperti pdf, docx, mp4, mp3 dan sebagainya, secara tidak langsung memudahkan urusan anda dalam melakukan perkongsian maklumat melalui capaian hyperlink url. Cara cara nak membuat perkongsian fail menggunakan Media Fire? korang boleh ikuti langkah di bawah ini;

Pertama sekali, korang boleh memuat turun perisian aplikasi Media fire ini, di google play store (android), dan untuk pengguna desktop komputer, korang boleh terus ke link www.mediafie.com.

2) Selepas anda dapat membuka akaun Media Fire (Lihat gambar 1 di bawah). Paparan seperti di gambar 1 , terdapat butang Upload (Upload fail), Create folder, dan Create textfile.

Cara Melakukan Perkongsian Fail Dan Dokumen
Gambar 1


3) Untuk memuat turun fail, audio, dan lain lain, tekan butang UPLOAD, dan terdapat dua (2) cara samaada upload daripada PC Computer atau daripada Website. (Lihat Gambar 2)

Cara Melakukan Perkongsian Fail Dan Dokumen
Gambar 2
 4) Sebagai contoh, jika memuat turun fail daripada komputer anda, sila pilih From My Computer, atau tekan butang U (di keyboard anda). (Lihat gambar 2)

Cara Melakukan Perkongsian Fail Dan Dokumen
Gambar 3
 5) Selepas itu, mulakan sesi memuat turun fail yang anda ingin kongsikan (Lihat gambar 3), tekan butang (+) (Lihat Gambar 3), dan selepas upload fail dalam ruangan Select File To Upload, tekan butang Begin Upload.
  
Cara Melakukan Perkongsian Fail Dan Dokumen
Gambar 4

6) Jika anda mahu Share docoment, audio (Lihat Gambar 4), pergi ke anak panah seperti di dalam paparan, dan tekan butang Share. Anda akan di berikan url (link) dan rakan rakan anda boleh memuat turun fail yang anda ingin kongsikan melalui url (link) tersebut.  Semoga berjaya dan selamat mencuba mengenai cara cara melakukan perkongsian fail dan dokumen iniBanyak perisian boleh di gunakan untuk kongsi fail anda, antara nya melalui Dropbox..apa apa pun selamat mencuba.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.