Safirul Amar Azmi Blog! lazada best Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, September 29, 2016

Hidup Jangan Jadi Parasit

Baru kenal siapa lawan dan siapa kawan, aku ni banyak bekerja dengan komputer dan boleh di katakan anti-sosial, anarki, dan memang susah nak bercampur, tuh la sebab aku ni tak ramai kawan, ada, tapi tak ramai. Kalau apa apahal kawan yang sorang ni la sentiasa ada.

Aku memang tak kisah kalau tak ramai kawan, ada apa pada kuantiti jika tidak memberi manfaat kepada aku, dan pesan aku kepada korang semua, kalau nak berkawan biarlah ikhlas, susah senang bersama dan janganlah hanya memandang pangkat, darjat, kekayaan seseorang itu, baru kita nak berkawan, dan ada kepentingan. Lihat seseorang itu bukan kepada kekayaan harta mahupun fizikal, tapi lihatlah pada kekayaan budi pekerti dan kekayaan ilmu, di mana jika kita melakukan kesilapan, sentiasa nasihat menasihati dan membetulkan apa yang tidak betul.

Biarlah ikhlas dan lihat kepada pribadinya, bukannya berkawan hanya kerana duit, kerana kekayaan harta, Latar belakang keluarga kaya dan lain lain, tahukah korang yang ini semua adalah mainan dunia dan tidak kekal kekal. Hidup biar susah, asalkan budi pekerti hebat dan baik. Hidup jangan jadi PARASIT.

Sunday, September 25, 2016

Macam Mana Nak Jadi Kaya

Ramai orang tanya aku macam mana nak jadi kaya? semalam pun ada orang tanya aku ayat yang sama iaitu macam mana nak jadi kaya? ermm dalam hati aku (muka dan diri aku ni nampak macam orang kaya ke?) aku pun jawab dengan yakin, kalau nak kaya kena buat investment (pelaburan) dahulu, maksudnya modal.  

Sebagai contoh, buka restoran makanan, buat loan dan guna kan pengaruh sekeliling kamu seperti keluarga, rakan rakan dan sebagainya untuk support , beri service terbaik dan sabar. Contoh yang lain, kalau nak perniagaan maju, kena lakukan hebahan, promosi dan iklan kan produk supaya di kenali.

Sebagai contoh hebahan, kena buat pelaburan di rancangan TV, website, iklan di blog, radio dan sebagainya. Semua hebahan pengiklanan di semua yang aku nyatakan ini, memerlukan kos modal yang perlu di keluarkan, untuk menjadi maju, kenapa perlu kedekut untuk keluarkan duit modal?

Saturday, September 24, 2016

Akaun Facebook Kena Locked

Adui akaun facebook kena locked pula dah, apasal lak ni, sebelum ni tak pernah kena macam ni, hasil selidik godeh godeh artikel di internet berkenaan akaun kena locked seperti kes aku, katanya lepas submit gambar kad pengenalan, lesen memandu, dalam masa 24 jam kita akan dapat semula akaun facebook ?  betul ke? harap harap dapat lah semula.. 

akaun_lock

Rasanya ayat ayat yang aku publish dalam akaun facebook aku ni, takde unsur unsur militan ataupun isis, dan tak menganggu kententeraman awam.. Korang ada pengalaman kena locked ke?

Monday, September 19, 2016

Tiada Perkara Yang Tidak Mustahil

Tiada perkara yang tidak mustahil untuk kita lakukan di dalam kehidupan seharian jika kita optimis dan percaya kepada diri kita, banyak sumber boleh di dapati sebagai contoh di internet, rakan rakan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, di dalam ekonomi yang serba tidak stabil kini, dan merujuk kepada kenyataan menteri yang 'bijaksana' menyarankan agar setiap rakyat hendaklah melakukan lebih dari satu kerja untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, kita hendaklah keluar dari arus kepompong hidup kita, dan mencuba sesuatu yang baru, namun begitu hendaklah ke arah yang menuju kebaikan.

Jika ia mampu meningkatkan taraf hidup kita ke arah yang lebih baik, kenapa kita tidak berani mencuba dan menyahut cabaran ?  Kata kan ya dan sentiasa positif dengan kemampuan diri kita, tiada yang pandai, dan tiada pula yang bodoh, masing masing ada kelebihan tersendiri yang tuhan telah tetapkan di dalam setiap makhluknya.

Sunday, September 18, 2016

Bengang Bila Mendapat Info Tidak Betul

Bengang bila mendapat info yang tak betul, rasa macam nak rejam je siapa yang keluarkan kenyataan, terlalu banyak sangat penipuan yang di sebarkan melalui internet, kali ini aku terkena bila ada kenyataan di whats app yang mengatakan rakan baik telah meninggal dunia walhal yang sebenarnya rakan tersebut masih di ICU dan sedang tenat..

Bila aku dengar rakan baik pada suatu ketika meninggal dunia, terasa sebak sangat, teringat kembali memori ketika bergurau, mengeteh, memang aku sedih, terus aku keluarkan keluarkan kenyataan di facebook pasar 'arwah'.

Yang paling geram, ayat penipuan di internet tu berbunyi 'Saya baru lepas sahaja berjumpa dengan ayah arwah dan ayah arwah sendiri mengesahkan f****** telah meninggal dunia'..laaa...apa semua ni? bertaubatlah kepada yang buat fitnah! Kepada rakan ku yang pernah sekejap di gelar 'arwah', semoga cepat sembuh dan kembali ceria bersama keluarga tersayang.

Moral of the story, sebelum mendapat apa apa berita selidik dahulu sebelum menyebarkan kepada orang lain..

Tuesday, September 13, 2016

Badan Lesu dan Keletihan

Akibat terlalu banyak makan rendang, ketupat dan kuah kacang, tertidur di malamnya sehingga tidak sempat pulang ke Melaka, alamatnya emergency leave la aku..hehe dapatlah merasai duduk satu hari lagi di kampung..

Raya bukan selalu, setahun sekali je, bukan sengaja nak tambah cuti, cuma ada keperluan kerja yang perlu urus di pejabat, tapi takpe lah, akibat banyak makan santan rendang...mengantuk di buatnya..!

Harini nak bersiap siap dan bergegas pulang ke Melaka, esok dah nak kerja, kepada korang semua, berhati hati pulang dari kampung, biar lambat asalkan selamat, jika mengantuk singgah lah berehat di hentian sebelah atau pun hentian rehat dan rawat yang berhampiran, jangan memaksa diri untuk memandu, fikirkan orang yang tersayang..

Badan lesu dan keletihan bila makan rendang dan ketupat ...doakan kami supaya tiba dengan selamat ke destinasi yang nak di tuju.


Sunday, September 11, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya aidiladha buat semua rakan rakan bloggers, dan pembaca blog aku, di hari yang mulia ini, ambil iktibar dari peristiwa nabi ibrahim dan nabi ismail, begitu kentalnya jiwa seorang nabi dan anaknya, demi kerana Allah dan akhirnya di gantikan dengan seekor Kibas..

"Mana mungkin Allah SWT perintahkan seorang bapa menyembelih anaknya? Mungkin mimpi Nabi Ibrahim itu dari Iblis, bukan dari Allah. Maka Allah menyelamatkan keduanya dari tipuan Iblis itu, dengan menggantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor kibas?".

Selamat hari raya aidiladha semua..

Thursday, September 08, 2016

Dying Inside To Hold You

Akhirnya...aku terjumpa juga lagu ni, lagu yang aku cari cari selama ini, akhirnya temui juga..haha, bermacam macam keyword aku cuba guna di search engine, keputusannya tidak jumpa, tapi berbeza kali ni, aku tak cari, tak searching.. tiba tiba terpapar di you tube, mungkin hits tertinggi orang lihat maybe, aku pun buka lah..jumpa! Memang terbaik lah lagu ni, selamat ini, lagu ini menjadi inspirasi aku, untuk terus happy sepanjang hari! hehe

Lagu apa tu? rupa rupanya tajuk lagu nya Dying Inside To Hold U , peh...keyword yang aku taip di internet Hold to the Sun, SunShine, Ace Of Base..dan macam macam lagi. 

Setiap dari kita,  tidak mustahil ingin mencari sesuatu yang di ingini, kebahagiaannya ialah apabila kita memperolehi apa yang kita hajati dan tungkus lumus dari titik peluh dan usaha yang sungguh sungguh. Ok la..nak dengar lagu ini sampai lebam..! Terbaik!
Duit Dari Internet