Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE Biznes Bakeri SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, September 13, 2017

Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online

Sijil SSM hilang ? Tak dapat di kesan ?  Jangan risau, tidak perlu ke cawangan SSM lagi dan menunggu giliran, kini korang boleh mendapatkan sijil perniagaan ssm (bussiness certificate) hanya secara online (atas talian), dah tak perlu lagi nak ke cawangan SSM yang jauh dan beratur panjang, buang masa dan kos sahaja! kini, hanya online sahaja, sudah boleh mendapatkan sijil perniagaan!

Bayaran untuk mendapatkan sijil perniagaan hanya dalam lebih kurang Rm 21, termasuk service fee, GST dan lain lain. lebih kurang dalam RM 22.00 camtu lah, sediakan duit cukup cukup dalam kaaun bank, jika nak buat pembayaran melalui online banking.

So, lepas ni kalau sijil hilang, tak perlu risau dan panik. Boleh dapatkan kembali dan boleh cetak semula sijil tersebut, semua proses hanya dalam aplikasi MyData ini.

Ok, cara cara untuk mendapatkan sijil perniagaan SSM secara online ialah seperti di bawah, hanya ikut proses yang dinyatakan.


1) http://www.ssm.com.my atau terus ke https://www.mydata-ssm.com.my/
2) Selepas itu, cari MyData (lihat gambar 1 di bawah ), Ada boleh cari di ruangan kanan bawah di  Area Services.


dapatkan sijil perniagaan ssm yang hilang
gambar 1

3) Selepas dah tekan pada MyData, anda perlu register (sign up) terlebih dahulu. (lihat gambar 2 di bawah).
dapatkan sijil perniagaan ssm yang hilang
Gambar 2
3) Selepas mendaftar, anda login kedalam website Mydata. Masukkan username dan password yang telah anda daftar sebentar tadi.


dapatkan sijil perniagaan ssm yang hilang
Gambar 3
 4) Selepas login, paparan seperti di (gambar 3) akan di paparkan, mula mula pening juga, apa yang aku perlu buat...nak buat carian apa ? apa term term ayat, taip sijil, data tak keluar, taip apa sebenarnya ni ? Ok, selepas mendapat bantuan dari pihak SSM sendiri, bagi permohonan sijil perniagaan syarikat, anda hanya perlu masukkan nama syarikat anda di dalam ruangan carian  (lihat gambar 3). Selepas itu, maklumat syarikat anda akan di paparkan di bahagian bawah sekali secara automatik.  (lihat gambar 4)

Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online
Gambar 4
5) Selepas itu, sila tekan sekali pada paparan nama syarikat anda itu (Gambar 4), paparan seperti di Gambar 5 akan muncul. Akan keluar Profile, Bussiness Certificates, dll.

dapatkan sijil perniagaan ssm yang hilang
Gambar 5
6) Pilih BUSINESS CERTIFICATE,  selepas itu tekan add to cart, then, pergi ke troli cart anda di bahagian atas. selepas itu, tekan BUTANG GOTO CHECKOUT  anda akan di bawa ke payment gateway, anda boleh buat bayaran melalui kredit kad, dan online banking, dan ikuti langkah seterusnya....

Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online

Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online
Mudah dan menarik...! kini, tak perlu risau, jika hilang atau tercicir lagi....boleh apply secara online !

Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online

Yay, dah boleh cetak dan download sijil perniagaan! Mudah dan menjimatkan masa dan kos! Selamat berjaya dan selamat mencuba.

2 comments:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.