Sijil SSM hilang ? Tak dapat di kesan ?  Jangan risau, tidak perlu ke cawangan SSM lagi dan menunggu giliran, kini korang boleh mendapatkan sijil perniagaan ssm (bussiness certificate) hanya secara online (atas talian), dah tak perlu lagi nak ke cawangan SSM yang jauh dan beratur panjang, buang masa dan kos sahaja! kini, hanya online sahaja, sudah boleh mendapatkan sijil perniagaan!

Bayaran untuk mendapatkan sijil perniagaan hanya dalam lebih kurang Rm 21, termasuk service fee, GST dan lain lain. lebih kurang dalam RM 22.00 camtu lah, sediakan duit cukup cukup dalam kaaun bank, jika nak buat pembayaran melalui online banking.

rahsia aiskrim

So, lepas ni kalau sijil hilang, tak perlu risau dan panik. Boleh dapatkan kembali dan boleh cetak semula sijil tersebut, semua proses hanya dalam aplikasi MyData ini.

Ok, cara cara untuk mendapatkan sijil perniagaan SSM secara online ialah seperti di bawah, hanya ikut proses yang dinyatakan.


1) http://www.ssm.com.my atau terus ke https://www.mydata-ssm.com.my/
2) Selepas itu, cari MyData (lihat gambar 1 di bawah ), Ada boleh cari di ruangan kanan bawah di  Area Services.


dapatkan sijil perniagaan ssm yang hilang
gambar 1

3) Selepas dah tekan pada MyData, anda perlu register (sign up) terlebih dahulu. (lihat gambar 2 di bawah).
dapatkan sijil perniagaan ssm yang hilang
Gambar 2
3) Selepas mendaftar, anda login kedalam website Mydata. Masukkan username dan password yang telah anda daftar sebentar tadi.

dapatkan sijil perniagaan ssm yang hilang
Gambar 3
 4) Selepas login, paparan seperti di (gambar 3) akan di paparkan, mula mula pening juga, apa yang aku perlu buat...nak buat carian apa ? apa term term ayat, taip sijil, data tak keluar, taip apa sebenarnya ni ? Ok, selepas mendapat bantuan dari pihak SSM sendiri, bagi permohonan sijil perniagaan syarikat, anda hanya perlu masukkan nama syarikat anda di dalam ruangan carian  (lihat gambar 3). Selepas itu, maklumat syarikat anda akan di paparkan di bahagian bawah sekali secara automatik.  (lihat gambar 4)

Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online
Gambar 4
5) Selepas itu, sila tekan sekali pada paparan nama syarikat anda itu (Gambar 4), paparan seperti di Gambar 5 akan muncul. Akan keluar Profile, Bussiness Certificates, dll.

dapatkan sijil perniagaan ssm yang hilang
Gambar 5
6) Pilih BUSINESS CERTIFICATE,  selepas itu tekan add to cart, then, pergi ke troli cart anda di bahagian atas. selepas itu, tekan BUTANG GOTO CHECKOUT  anda akan di bawa ke payment gateway, anda boleh buat bayaran melalui kredit kad, dan online banking, dan ikuti langkah seterusnya....

Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online


Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online
Mudah dan menarik...! kini, tak perlu risau, jika hilang atau tercicir lagi....boleh apply secara online !

Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online

Yay, dah boleh cetak dan download sijil perniagaan! Mudah dan menjimatkan masa dan kos! Selamat berjaya dan selamat mencuba.

15 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Wah Saf terbaik..saya bole tak ambil sijil tu?

    BalasHapus
  2. Dia hantar ke dalam email atau dlm acc ssm kita?

    BalasHapus
  3. Boleh print list of business change tak melalui mydata ni

    BalasHapus
  4. tq encik, sangat membantu

    BalasHapus
  5. Boleh saya tanya kenapa tak naik bussiness certificate ,hanya naik bussiness profile sahaja?

    BalasHapus
  6. dah kluar dkt pdf.. then pergi print out ke

    BalasHapus
  7. Salam tuan boleh saya dapatkan nombor fon tuan?

    BalasHapus
  8. Alamak tuan maafkan saya...header blog di mana ya...saya xpndai sangat bab ni mihon tunjuk ajar tuan

    BalasHapus
  9. kalo lupa nama id dn password..mcm mana nk retrieve ye ,tuan?

    BalasHapus
  10. skrg ni mudah saja kan semuanya dihujung jari

    BalasHapus
  11. masa register dulu tak dapat sijil now nak dapatkan sijil memang kena bayar ke?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Salam. Sijil yg di maksudkan tu, sijil ssm cert ssm...

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.