Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE healthydrink BELI DAN DAPAT DISKAUN

Tuesday, December 12, 2017

Membina Laman Web Joomla 3

Bulan yang sibuk, tiada langsung masa untuk rehat di mana menguruskan hal syarikat iaitu tempahan bunting, buku catatan sekolah, kelas website dan 3D, wah, memang tak menang tangan! akhirnya dan di waktu ini, baru lah dapat rehat kan diri, selepas semua job selesai walaupun perlahan tempo nya, selagi tak siap selagi tulah tak berhenti, untuk memerah keringat idea dan otak! dan dalam masa yang sama aku sedih sedikit lah, sebab harga emas jatuh lagi!!, aku harapkan akan meningkat kembali, dan kini adalah masa yang terbaik untuk menambah emas, tak apalah, untuk simpanan jangka panjang...dari duit kertas lebur macam tu je kan...baik lah tukar kepada emas fizikal, di masa sesak..boleh lah guna emas yang ada...

Terima kasih kepada yang hadir di dua (2) kelas aku yang terakhir di tahun ini, iaitu bengkel laman web dan kelas 3D, kepada yang berminat untuk menyertai kelas seperti ini, kena tunggu tahun depan 2018 tak lama lagi, boleh semak di laman web penganjur iaitu di www.emelaka.gov.my atau boleh call aku terus di 016 6474201 untuk booking tarikh kelas di tahun depan, jika malu, boleh whats app di SINI


Kelas Joomla Web Safirul Amar
Kelas Laman Web Joomla 3







Kelas 3D Google Sketchup Amar
Kelas 3D
Aku berharap kepada peserta yang hadir mendapat manfaat dari apa yang di ajar, tidak banyak yang di ajar, hanya sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dan memenuhi  kemahuan dan kehendak peserta ..dan apa yang istimewa nya, tidak perlu bayar, percuma sahaja...! rugi kalau tak hadir!! 

Tahniah kepada peserta yang berjaya hadir, tidak semua orang yang sanggup hadir di program seperti ini, lagi lagi di waktu hujung minggu, kan ? hah..lebih baik duduk rumah tidur...! lagi best eh!  Akhirnya...manusia manusia seperti ini...akan mereput di mamah waktu dan usia, tanpa ada suatu pun tambah nilai pada diri mereka, dan hanya menunggu dan mengharap 'bantuan'  ihsan orang dan mengharap pada yang boleh di harap sahaja...! Sedangkan media sosial, politik kebencian, hiburan, melepak tak tentu hala..menjadi keutamaan berbanding mempelajari sesuatu yang bermanfaat iaitu ilmu ! 

Di kelas latihan laman web ini juga...berjumpa dengan bloggers Tarmizi di mana dia juga salah seorang antara peserta yang hadir di kelas laman web! maaf tak sempat nak berbual panjang, sebab badan kat tempat lain, fikiran kat tempat lain....! Banyak hal nak kena fikir!  Next time..boleh minum sembang sembang...sambil minum teh tarik, dan bincang pasal blog!  tak apa saya belanja! hehe

4 comments:

  1. Saf alhamdulillah murah rezeki ya..nak tanya
    buat lesen tak jadi guru ICt atau guru buat laman web ni..rasanya nak ajar juga budak2 baru ni..bagus ada blog. asyik FB ja kan diorang kena jg belajar buat laman baru ada kawan2 kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya blog juga website...tiada lesen, hanya berbekalkan certificate pembelajaran yang lalu, dan hanya berkongsi pengetahuan based hands on.

      Delete
  2. minta penjelasan ya..maaf bertanya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ilmunya ya.. =)

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi