Bulan ini saya sangat sibuk, sampaikan langsung tiada masa pun untuk berehat di mana sibuk menguruskan hal tempahan pelanggan pelanggan seperti tempahan bunting, banner, buku catatan sekolah, dan dalam masa yang sama mendapat jemputan bagi mengajar kelas cara cara membina laman web dan serta kelas Google Sketchup 3D. 

Jadual padat dan memang tak menang tangan, bila selesai tugasan walau terlewat sedikit, baru lah dapat menyiapkan artikel ini, selagi tak siap selagi itulah tak berhenti, penat memerah keringat idea dalam menyiapkan kerja. Hampir kering otak ini, memikirkan idea design yang sesuai. Terima kasih kepada yang hadir di kelas membina laman web ini yang boleh di katakan kursus yang terakhir bagi tahun 2017, Antara modul yang di ajar di dalam kelas ini, adalah mempelajari asas web seperti koding HTML, setting enjin database seperti Xampp dan Wamp, dan mempelajari cara cara install Joomla. 
Kelas Joomla Web Safirul Amar

Tahniah kepada peserta yang hadir di Kelas Laman Web Asas ini, tidak semua orang yang sanggup hadir di kursus seperti ini, terutamanya di waktu hujung minggu, kan ? lebih baik duduk rumah tidur, lagi best kan? Akhirnya manusia manusia seperti ini akan mereput di mamah waktu dan usia, tanpa ada suatu pun tambah nilai pada diri mereka, dan hanya menunggu dan mengharap bantuan ihsan orang dan mengharap pada yang boleh di harap sahaja, Sedangkan media sosial, politik kebencian, hiburan, melepak tak tentu hala..menjadi keutamaan berbanding mempelajari sesuatu yang bermanfaat iaitu ilmu.

Jumpa lagi di lain waktu dan di harapkan peserta sentiasa ulangkaji dan trial and error. kena selalu praktis baru cepat faham. Berlaku kesalahan (error) itu perkara biasa bagi seorang Web Developers.

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Saf alhamdulillah murah rezeki ya..nak tanya
    buat lesen tak jadi guru ICt atau guru buat laman web ni..rasanya nak ajar juga budak2 baru ni..bagus ada blog. asyik FB ja kan diorang kena jg belajar buat laman baru ada kawan2 kita

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ya blog juga website...tiada lesen, hanya berbekalkan certificate pembelajaran yang lalu, dan hanya berkongsi pengetahuan based hands on.

      Hapus
  2. minta penjelasan ya..maaf bertanya

    BalasHapus
  3. Terima kasih atas ilmunya ya.. =)

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.