Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE Biznes Bakeri SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, January 20, 2017

Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076]

Pernah tak korang apabila nak transfer duit menggunakan maybank online banking, tiba tiba keluar perkataan seperti Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076] . Sebab apa keluar error seperti Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076] ? Sebabnya terlalu banyak transaksi keluar masuk di akaun simpanan kita...untuk makluman, akaun simpanan bukan untuk menjalankan perniagaan, dan jika terdapat banyak proses transaksi, error seperti Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code:[0076] akan keluar, dan akaun simpanan anda dibekukan sementara. Lagi sedih..bila anda juga tidak boleh buat pengeluaran di ATM mesin. Bermaksud akaun anda telah di bekukan, walaupun proses transaksi secara kerap (aktif) sebanyak RM 30..atau rendah lagi daripada itu. 

Penyelesainnya..anda perlu ke mana mana cawangan maybank...minta mereka clear kan transaksi sebelum ini di dalam akaun anda, dalam masa setengah jam (lebih kurang / bergantung)..akaun anda yang telah dibekukan itu boleh di gunakan semula. Selepas itu, anda bolehlah membuat pengeluaran wang seperti biasa..

Tuesday, January 17, 2017

Frust Sebab Tidak Dapat Makan

Maaf kepada semua pengunjung blog kerana kurang menulis artikel terbaru di tahun 2017, sebab terlalu sibuk dengan kerja. Maklumlah tahun baru...semuanya nak baru, update itu lah, ini lah dan semakin mencabar, banyak ke luar kawasan..

2-3 tahun lepas semasa ada berada di johor..kalau nak makan nasi briyani selalu juga pergi ke kedai nasi briyani pak akob...boleh lihat artikel sebelum di http://www.safirulamar.com/2015/04/nasi-briyani-pak-akob.html

Memang terbaik dan sedap nasib briyani di kedai pak akob...terletak di area taman universiti skudai johor..tapi bila datang semula di tahun 2017....puas cari tapi tak jumpa jumpa....kemana la pulak kedai pak akob ni...sesat ke aku? Rasa aku...inilah tempat nya..tapi kenapa dah jadi kedai makan cina ? ermm...pening aku ahhh...

Thursday, January 05, 2017

Kematian Semakin Hampir

Biasalah....hujung tahun lengang sila panggung...bila dah masuk awal tahun.....tak menang tangan di buatnya, sibuk mengupdate data data terkini, walaupun dah masuk 2017, masih lagi salah tulis 2016..di surat atau memo...haha, sekejap je masa berlalu, kita semakin tua di mamah usia..tiada sambutan di hujung tahun...tiada apa yang mengembirakan apabila tahun berganti tahun..sebenarnya apa yang bermain di fikiran...Kematian semakin hampir dan semakin tua sebenarnya.

Kadang kadang kita terlalu mengikut peraturan barat yang mana gembira sakan menyambut awal tahun dengan percikan bunga api, wishing something, bergembira sebagai menandakan telah bermula tahun yang baru. Untuk orang islam, kita sudah terlebih awal ke awal tahun...semua memekakan telinga..seolah olah hari biasa...

Tua dah kita...semua. kematian semakin hampir..tulis yang baik baik di blog, untuk membantu kita di alam sana.

Wednesday, January 04, 2017

Pemenang Giveaway Untuk Bloggers #2

Terima kasih kerana menyertai segmen giveaway untuk bloggers edisi ke dua kali ini, Untuk makluman, seramai 41 bloggers telah menyertai segmen giveaway kali ini..terima kasih di ucapkan, seperti yang di maklumkan sebelum ini,  tujuan giveaway ini di anjurkan, lihat sini ialah sekadar ingin mengeratkan silaturrahim sesama bloggers dan sebagai tanda penghargaan terima kasih kepada bloggers kerana menjadi pembaca setia, pengomen, pengkritik dan sebagainya..tanpa anda semua (bloggers) siapa la aku..ceh wah...

Ok, seperti yang di janjikan, tibalah masa untuk mengumumkan pemenang bagi edisi yang kedua ini...pemenangnya ialah jeng jeng jeng...tapi kan...sebelum itu... sila semak nombor masing masing....lihat sini


Kepada yang menang..syabas di ucapkan dan kepada yang tak menang.... takpe boleh cuba lagi..akan ada lagi giveaway untuk edisi yang ke seterusnya...