Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Tuesday, July 17, 2018

Menjadi Penganggur Akhirnya

Salam, hah, dah bersarang rasanya blog ini, dari puasa sampai la habis raya, baru nak update blog, ini pun sebab datang 'angin baik' tiba tiba nak update blog, haha. comfirm terlalu banyak cerita yang hendakdi kongsikan, cuma berita sedih nak beritahu...program percuma ICT telah pun di mansuh kan oleh kerajaan sedia ada kini.... so, dengan sukacitanya aku bergelar penganggur...! puas cuba mempertahankan, tetap program ilmu ini tidak di pandang...! kalau pandang pun sebelah mata je...! Apa pun nak buat macamana..kehendak mereka, alasan nak jimatkan kos....!
Kalau korang nak buat kelas seperti adobe photoshop, web design, blog, web sistem development, 3D Sketchup atau dan sebagainya yang berkaitan....boleh hubungi aku di 016 6474201 , comfirm dapat harga istimewa punya...! Roger , jangan malu malu, kalau malu, diri sendiri yang rugi..! 

Baru selesai buat open house raya kecil kecilan.....sebagai penutup kepada raya kali ini, alhamdulillah ramai yang hadir, terima kasih semua....ada berberapa perkara gembira yang perolehi walaupun bergelar penganggur ketika ini...iaitu.

1) Ada burung buat sarang dan bertelur di pokok yang aku tanam walaupun rendang..(Alhamdulillah, dapat pahala percuma), salah satu cara mudah nak dapat pahala, tanam pokok ( jika memberi manfaat kepada haiwan seperti dapat berteduh, dan sebagainya) dapat pahala tu! 

2) Assignment projek last semester hampir siap, kali ni, assignment betul betul menguji jiwa dan raga..dalam tidur pun menangis! 

3) Hadir mesyuarat di Melaka, rasa macam mesyuarat di (Oversea) hong kong..sebab nya, banyak di kelilingi oleh pemerhati pemerhati berbangsa cina...berbeza dengan dahulu....dah tak payah nak melancong, hanya di negeri sendiri je dah bahagia...

4) Dan yang terakhir,blog ini terus di kunjungi orang ramai melalui carian google. Trafic stabil, tapi nuffnang...sepi!

Buat masa ini, itu jelah perkara yang membahagiakan aku..kalau ada lagi aku update eh!

1 comment:

  1. Adoi.. program best kot...free pula tu kalau ambil kelas sendiri confirm mahal...

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi