Salam, dah bersarang rasanya blog ini, dari puasa sampai la habis raya, baru nak update blog, ini pun sebab datang angin baik tiba tiba terasa nak kemaskini blog, haha. terlalu banyak cerita yang hendak di kongsikan, cuma berita sedih nak beritahu, program percuma ICT telah pun dimansuh kan oleh kerajaan negeri melaka. Jadi, dengan dukacitanya aku kini bakal bergelar penganggur, kenapa lah program sebegini di tamatkan, bukan apa, sebenarnya ini lah program yang rakyat mahu.
Apa pun nak buat macamana itu kehendak mereka, alasan utama adalah nak jimatkan kos, memang tak masuk akal, alasan nak jimatkan kos sedangkan banyak lagi kaedah yang boleh menjimatkan lagi wang kerajaan. Untuk makluman semua, aku baru selesai buat open house raya kecil kecilan, sebagai penutup kepada raya bagi tahun ini, Alhamdulillah ramai yang hadir, terima kasih pada semua, Berberapa perkara gembira yang perolehi walaupun bergelar penganggur ketika ini ialah ;

1) Ada seekor burung buat sarang dan bertelur di pokok yang aku tanam (pokok kelak paya) walaupun rendang (Alhamdulillah, dapat pahala percuma), salah satu cara mudah nak dapat pahala, tanam pokok ( jika memberi manfaat kepada haiwan seperti dapat berteduh, dan sebagainya), memberi kebaikan dan manfaat pada makhluk Allah yang lain.
2) Assignment projek last semester hampir siap, kali ni, assignment betul betul menguji jiwa dan raga, dalam tidur pun menangis!
3) Hadir mesyuarat di Melaka, terasa macam mesyuarat di (Oversea) hong kong, sebab nya, banyak di kelilingi oleh pemerhati pemerhati berbangsa cina, yelah kerajaan baru kan, haha, berbeza dengan dahulu, dah tak payah nak melancong, hanya di negeri sendiri je dah dapat lihat pelancong mata sepet.
4) Dan yang terakhir,blog ini terus di kunjungi orang ramai melalui carian google. Trafic stabil, tapi nuffnang sepi, orang melaka kata macam hanat. Buat masa ini, itu jelah perkara yang membahagiakan aku, kalau ada lagi aku beritahu di dalam blog ini ya
Adoi.. program best kot...free pula tu kalau ambil kelas sendiri confirm mahal...
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.