Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Wednesday, December 05, 2018

Pelbagai Dugaan Dalam Hidup

Sebagai manusia kita memerlukan masa untuk bersendiri tanpa memerlukan sesiapa untuk menemani, dengan bersendiri mungkin sesetengah orang akan tenteram dan tenang dari masalah di tempat kerja, hal di rumah, ekonomi, dan pelbagai masalah lagi yang menimpa..selagi namanya manusia, memang tidak lari dari di uji masalah dan dugaan.

Aku juga manusia biasa yang kadang kadang menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup, orang di sekeliling tak faham apa yang kita lalui, dan jika tersalah pilih orang untuk mendengar masalah kita, akan jadi lebih kritikal lagi...kerana orang sekeliling hanya mampu mendengar, dan bersimpati, jika yang tak faham situasi kita, mereka akan 'mentertawakan' kita di dalam diam...kerana mungkin ada yang  mahu melihat kita tersungkur, nasihat aku janganlah mudah percaya pada orang kecuali anggota keluarga kita, dan jangan pula menghebahkan masalah kita pada teman teman, media sosial dan lain lain. Bertenang dan cari cara yang lebih mendamaikan...ingat tuhan, lihat pula pada sekeliling kita dan jadikan inspirasi pada kita untuk terus berjaya...contoh nya, kalau kita rasa hidup susah sangat di sebabkan ekonomi yang tidak stabil, cubalah lihat pada sekeliling kita...ada yang lebih susah dari kita sebenarnya....lihat bagaimana mereka menyambung hidup...!

Dengar lah luahan mereka (insan insan susah) supaya menjadi iktibar pada kita...dan yang paling penting, bersedekah walaupun kita tiada duit yang cukup pada masa itu.....tuhan akan balas suatu hari nanti...kerana apabila kita memudahkan urusan orang lain, inshalllah urusan kita juga akan di permudahkan, dalam rezeki orang lain tu, ada rezeki kita juga..

Ya siapa yang tidak pernah stress, banyak hal yang boleh menyebabkan stress, seperti masalah rumah tangga, masalah di tempat kerja, masalah ekonomi dan sebagainya....sebagai orang berniaga, kadang kadang cash flow sangat teruk, jika jadi seperti itu, jual apa yang boleh dijual (bayar dan tutup hutang), taubat dan mulakan dan bangunkan dan bina semula dari bawah...semua perubahan itu bermula dari kita, kita sahaja yang mampu mengubah nasib kita...!

Haha, aku pun kadang kadang takde job freelance juga....hanya bergantung pada wang gaji bulanan sahaja...tak la sebanyak mana sebenarnya...jika ada job freelance tu, boleh la senyum lebih...cuma perancangan tuhan itu cantik....dalam kesempitan wang yang melanda, anak anak sihat tiada masalah dan ragam, semua urusan di tempat kerja aman....dan akhirnya, mampu bertahan sehingga bulan gaji seterusnya....

Tertarik dengan artikel di keratan akhbar ini....kadar bayaran untuk masuk penjara di korea selatan...penjara yang di sediakan ini bukan macam penjara penjenayah tu, ini penjara khas bagi mereka yang berniat nak mengurunkan diri...dan lari kesibukan tugas harian...

pelbagai dugaan dalam hidup
Banyak cara untuk lari dari kesibukan tugas dan lari dari tekanan hidup...ada orang mengembara travellers, bermain muzik, bersendiri, rujuk kaunseling..dan sebagainya..apa pun, berbaliklah pada pegangan agama, jangan la lakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang di larang agama....seperti terjun laut, bunuh diri dan sebagainya..

2 comments:

  1. Semoga kita dijauhi semua perkara yang memudaatkan ktit

    ReplyDelete
  2. kadang rasa nak give up ja dengan masalah semua ni..tak tahan rasanya

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi