Sebagai manusia kita memerlukan masa untuk bersendiri tanpa memerlukan sesiapa untuk menemani, dengan bersendiri mungkin akan lebih tenteram dan tenang. selagi namanya manusia, memang tidak akan lari dari di uji masalah dan dugaan. Ada masa kita perlu berteman dan ada masa kita suka sendiri.

Aku juga manusia biasa yang kadang kadang menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup, orang di sekeliling tak faham apa yang kita lalui, dan jika tersalah pilih orang untuk mendengar masalah kita, akan jadi lebih kritikal lagi, kerana orang sekeliling hanya mampu mendengar, dan bersimpati, jika yang tak faham situasi kita, mereka akan 'mentertawakan' kita di dalam diam, kerana mungkin ada yang  mahu melihat kita tersungkur, nasihat aku janganlah mudah percaya pada orang kecuali anggota keluarga kita, dan jangan pula menghebahkan masalah kita pada teman teman, media sosial dan lain lain. Bertenang dan cari cara yang lebih mendamaikan ingat tuhan, lihat pula pada sekeliling kita dan jadikan inspirasi pada kita untuk terus berjaya contoh nya, kalau kita rasa hidup susah sangat di sebabkan ekonomi yang tidak stabil, cubalah lihat pada sekeliling kita ada yang lebih susah dari kita sebenarnya lihat bagaimana mereka menyambung hidup...!

Dengar lah luahan mereka (insan insan susah) supaya menjadi iktibar pada kita dan yang paling penting, bersedekah walaupun kita tiada duit yang cukup pada masa itu tuhan akan balas suatu hari nanti kerana apabila kita memudahkan urusan orang lain,inshalllah urusan kita juga akan di permudahkan, dalam rezeki orang lain tu, ada rezeki kita juga, Jual apa yang boleh dijual (bayar dan tutup hutang), taubat dan mulakan dan bangunkan dan bina semula dari bawah semua perubahan itu bermula dari kita, kita sahaja yang mampu mengubah nasib kita.

Tertarik dengan artikel di keratan akhbar ini, kadar bayaran untuk masuk penjara di korea selatan penjara yang di sediakan ini bukan macam penjara penjenayah tu, ini penjara khas bagi mereka yang berniat nak mengurungkan diri, dan lari kesibukan tugas harian yang tidak pernah habis. 

pelbagai dugaan dalam hidup

Banyak kaedah untuk lari dari kesibukan tugas dan bebas dari tekanan hidup, dengan cara mengembara travellers, bermain muzik, bersendiri, merujuk kaunseling, dan sebagainya, apa pun, berbaliklah pada pegangan agama, jangan la lakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang di larang agama seperti terjun laut, bunuh diri dan sebagainya..

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Semoga kita dijauhi semua perkara yang memudaatkan ktit

    BalasHapus
  2. kadang rasa nak give up ja dengan masalah semua ni..tak tahan rasanya

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.