Salam semua pembaca dan rakan rakan bloggers, lama saya tak jengah dan menulis di blog ini, terfikir untuk menulis ini pun sebab dapat notification di emel yang tempoh domain perlu di renew kerana tempohnya hampir expired. Alhamdulillah telah renew sehingga akhir tahun hadapan. 

Saya sebenarnya agak sibuk dengan aktiviti mengajar, keluarga dan mencari pendapatan sampingan . Berbagai bagai jenis perangai manusia saya jumpa, saya seorang yang suka melakukan perkara perkara baru dan mencari pengalaman baru, lebih elok dan bagus, jika pengalaman baru itu dapat menambah nilai sesuatu di dalam diri saya, tidak semestinya wang, pengalaman itu yang penting.

Saya sentiasa berpegang kepada falsafah ini, Orang hebat dan bijak sentiasa bercakap selaras dengan tindakannya, maksudnya apabila kita bersembang dan berkongsi, tidaklah menjadi membosankan sekurang kurangnya dapat memberi inspirasi dan sokongan kepada mereka yang selalu sahaja mengeluh dan sebagainya. Bukan tujuan membangga diri, bercampur dengan pelbagai peringkat pekerjaan untuk muhasabah diri supaya tidak sombong. 

pekerjaan ini sangat memberikan saya kebahagiaa

Dari kita mengeluh, meminta dan terus salahkan kerajaan, kan lebih elok kita mencuba sesuatu yang boleh mendatangkan hasil dan pengalaman baru, jangan fikir apa apa, terus mulakan dan pedulikan kata kata orang, kita susah siapa yang akan bantu? Ada rakan rakan saya di pejabat, politik, universiti dan kolej yang terserempak dengan saya ketika saya membawa grab (hantar makanan), eh, bawa grab ke? Kenapa? Dah susah ke? 

"Eh Anak datuk pun bawa grab ke? what the hell are you? Tak sangka awak bawa grab, susah hidup ke? kenapa bawa grab" . Ya Allah, apa salah saya sehinggakan berbagai tafsiran yang korang semua lemparkan..kadang kadang rasa nak marah pun ada, kelakar pun ya juga. Secara jujurnya, saya tiada masalah kewangan, kerana mempunyai pekerjaan tetap iaitu mengajar, sikit sikit bajet lari tu biasalah, perkara tak di jangka, tapi masih dalam keadaan terkawal dan semua makan dan pakai, keluarga semua cukup. 

Sebenarnya, pekerjaan ini sangat memberikan saya kebahagiaan, saya permudahkan urusan orang, menghantar makanan kepada orang, dan kebetulan saya minat motor. Jadi salah dan hina ke pekerjaan ini? dan terkejut juga, kalau setiap hari dalam anggaran 3-4 jam sahaja, dapat RM 48-58 ringgit. Itu main main je, cuba bayangkan kalau sepenuh masa?

Saya suka pekerjaan 'sambilan' ini, Don't go to a Job, only thinking about money merely, love your job first, money will come to you in every way you do, yang penting kita sabar dan sentiasa positif. Kalau buat sesuatu buat betul betul, jangan buat buat. Kalau nak main, main betul betul, bukan main main. 

Kita semakin menuju ke era inflasi bermula tahun ini, jika kita tidak berusaha ke arah sesuatu yang menambah nilai dalam diri, jangan salahkan orang lain, salahkan diri kita dahulu. Semoga urusan kita semua di permudahkanNya..

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.