Terpanggil untuk menulis berkenaan isu viral sebelum ini berkenaan kelantangan Professor UiTM yang menegur seorang pelajar di dalam sesi online. Sebagai seorang Guru Akademik yang bekerja memastikan setiap pelajarnya cemerlang, sudah menjadi tanggungjawab guru tersebut memikul segala beban dan amanah demi memastikan pelajarnya cemerlang pada suatu masa nanti.
Pada saya, kenyataannya itu normal dan ternyata mudah di fahami bagi yang memahami konteks ucapannya dan kebiasaan bagi pelajar pelajar yang telah mengikuti kelas Professor tersebut sebelum ini. Saya sentiasa tertanya di dalam diri, kemanakah pelajar itu kini? Harap dapat berjumpa di organisasi saya, Jika ada rezeki dapat lah berjumpa semasa interview pekerjaan nanti, mungkin dia tidak sedar yang hidup ini tidak seindah mana pun selepas alam pembelajaran kerana hidup ini keras. Betul dik, keras. Bagaimana pelajar ini mahu menempuh alam pekerjaan yang terpaksa berhadapan dengan perangai majikan majikan yang 10 kali lebih menjengkilkan nanti? Haha kelakar sungguh kamu dik.
Kasihan melihat ketahanan mental pelajar pelajar yang lemah masa kini, tidak sama seperti dahulu, ketika saya di alam pembelajaran kolej dan Universiti, kebanyakkannya pendidik lebih agresif dan tidak ambil kisah, sukahatilah nak jadi apa, Sekurang kurangnya ada 'Mak Mak' yang tegur kamu untuk masa depan kamu dik. Yang agresifnya, pernah di halau dari kelas dan banyak lagi kisah sedih. Itulah kepayahan yang menjadikan pengalaman berharga untuk digunakan di alam pekerjaan.
Kini, kaedah yang sama saya gunakan ketika pembelajaran dengan niat untuk menjadikan iktibar dan supaya menjadi inspirasi kepada pelajar pelajar. Hidup ini keras, bagaimana kamu ingin melalui fasa fasa kehidupan seterusnya kalau tidak mampu mengawal mental? Mental kenalah kuat untuk menghadapi kehidupan ini. Kalau lembik, bagaimana mahu menghadapi?
Komputer atau laptop ini satu keperluan wajib di masa kini, terutamanya ketika menyambung pelajaran, sekurang kurannya dapat lah memudahkan menyiapkan tugasan yang di berikan. Tiada duit? banyak bantuan boleh di perolehi samaada melalui saluran kerajaan, saluran pinjaman PTPTN atau sebagainya. Atau buatlah kerja sampingan seperti Grab ataupun Foodpanda, Susah ke ? mahu atau tak sahaja...oh untuk makliuman semua pembaca, saya telah mencuba menjadi penghantar makanan grab (rider food), saja seronok seronok keluar dari zon selesa dan cuba merasai pendapatan melalui pekerjaan sampingan ini, ternyata setiap minggu boleh dapat pendapatan sebanyak RM 300.00 atau lebih, di ulangi, bukan sebulan, tapi seminggu, bayangkan kalau sebulan? Darab lah empat..
Realiti nya yang ingin saya kongsikan disini, banyak penuntut IPTA/IPTS yang memesan makanan fast food, setiap hari, pasti ada tempahan makanan dari pelajar pelajar IPTA. Tidak salah untuk makan, sekali sekala kan? apa lah salahnya, cuma berjimat cermat lah, ikat perut sedikit, biasalah belajar, banyak nak guna duit untuk siapkan tugasan dan sebagainya. No Pain, No Gain...
Apa lagi alasan nak bermalas malasan? jangan jadikan kemiskinan itu suatu alasan untuk mundur, Kemiskinan Bukan Penghalang Untuk Berjaya. Paksa diri ke arah kemajuan diri, kalau bukan untuk diri kita, untuk keluarga kita dan orang sekeliling. Sebagai penuntut akhir, tidak sepatutnya kau menjawab soalan pensyarah kau sebegitu rupa, seperti acuh tak acuh, dan akhirnya selepas graduasi, kau viralkan pula, harap kita berjumpa di alam pekerjaan dik. Selamat datang ke Alam Pekerjaan yang lebih mencabar mental kau dik, jangan nanti kau viralkan pula bos kau, bila kena maki? haha. Tak empok..
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.