banner-2017-mcj biznes shopee IKLAN SEWA Pengedar Shaklee Bangi

30 Mei 2012

Secure Your Content

Pernah tak akaun facebook dan laman sosial anda yang lain di godam? haha. apakah perasaan anda apabila ada orang lain menggunakan akaun anda sewenang-wenangnya? berhati-hati. penceroboh sentiasa ada dimana-mana.

Bila sebut kena hack ni merupakan masalah serius, bila sebut ICT je, kita sentiasa terdedah. ada orang kata hack  manusia lagi senang dari hack teknologi? haha. yes memang betul. Maybe ada antara korang semua yang terlalu 'GILA' kan kuantiti friends di laman sosial! ramai yang add maka anda mungkin ramai kawan dan menjadi suatu kebangaan! kalau kurang kawan, kena ejek! haha, tapi sebenarnya anda lebih ramai musuh dari kawan. mereka hanya merupakan pemerhati dan hanya melihat gerak geri anda  sahaja. Itulah masalah kita sekarang, terlalu banyak sangat info penting dan gambar-gambar peribadi diletakkan untuk tontonan semua orang termasuk global, zaman sekarang, guna gambar pun boleh sihir!  haha.


Anda Mungkin Meminati :

29 Mei 2012

Bengang! Weh

Peh! Jobs dah setel, tapi bila tang payment macam sual. paling lembap macam siput. tak fair la, kalau nak cepat, sama-sama cepat la, aku tak faham la dengan manusia jenis ape ni weh. langsung tak menjaga hati vendor macam aku ni. nak cepat aku dah kasi yang terbaik! nak ubah, dah kasi ubah 18 kali, tapi kenapa? kenapa? kenapa? bila gua sms atau call minta payment terus tak reply, buat dek je. aku tak marah, cuma nakkan penjelasan je kenapa dan apakah status payment aku! tu je, sekurang-kurangnya kau angkat panggilan dan jawab SMS aku, nampak macam kau jujur dan gentle bro!  Apelah salahnya angkat telefon kan,kan,kan, cakap baik baik contoh macam ni, " bro, tang payment ko ni, kewangan kata tunggu lagi 18 tahun, lagi! sebab diorang masih belum proses ".
 
hahhhhhh, kan senang macam ni, lagi 18 tahun!. so, aku tunggulah lagi 18 tahun lagi, baru dapat RM 600.00 hengget, bukan 6K pun, ratus-ratus je. itupun tunggu 18 tahun, kalau billion-trilion2x, hahaha, 18 tahun korang kalikan dengan 10 la gamaknya. Memang 'habis madu, sepah dibuang' weh! alahai lahai hai hai, aku punyalah tak tidur siang dan malam semata-mata nak siapkan jobs design tu, dan hasilnya client dan company puas hati! bila tang payment....grrrrrrrrrrrrrr! aku nak tukar tayar kereta ni,.grrrr.

Anda Mungkin Meminati :

21 Mei 2012

Al Fatihah-Daim Jamaludin

al fatihah

Al Fatihah buat sepupu rapat aku DAIM BIN JAMALUDIN yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada pagi 9 Februari 2012 kerana kemalangan jalan raya selepas menghantar ibunya. Arwah seorang budak yang baik dan hormat orang tua, kami amat terasa kehilangannya, memang tak sangka, beliau pergi meninggalkan kami dengan begitu cepat!


Anda Mungkin Meminati :

20 Mei 2012

Tudung

Orang perempuan sekarang beli sehelai tudung sampai RM 200 hinggit pun ada, macam macam bentuk ada tudung bawal la, tudung ombak rindu la, tudung yuna la, semua tu tak mencerminkan keayuan beb, serius. ada pula tudung yang terjungkit macam bonggol unta pun ada. tapi yang paling best bagi aku la, tudung fesyen lama macam kat bawah ni. ala yang pakai cucuk pin-pin tu, dan yang penting tutup aurat.


Aku pernah jalan jalan kat car boot sale , ada orang jual tudung 5 helai Rm 10.00, aku tengok nice la, kalau pakai comfirm menarik dan nampak old-school, ala fesyen tudung lama macam gambar kat atas tu. sikit lebih kurang la. era 90 an punya tudung guna jarum untuk klip.  Sekarang ni macam-macam jenis, ada yang terus sarung je..wow!  dan daripada korang pakai tudung moden yang mahal-mahal ni baik korang pakai tudung fesyen macam bawah ni je. biar tudung apa pun asalkan kena padan dengan diri kita dan tutup aurat. itu yang penting. haha

haha

Anda Mungkin Meminati :

3 Mei 2012

Bakat terpendam

Aku tak sangka yang aku rupa-rupanya terer memasak, bukan setakat Nasi goreng pataya, kampung dan paprik, asam pedas dengan sayur masak ape jenis pun boleh,  hebat kan aku!...haha

Andai aku diberi peluang untuk menjawab soalan orang-orang yang bertanyakan soalan seperti Apakah Cita-Cita Awak? Comfirm aku akan menjawab Tukang Masak atau Chef la weh! haha


Anda Mungkin Meminati :

Buang Top Navbar

Korang ada blog sendiri tak? rugilah korang kalau takde blog sendiri! kalau korang perasan di area paling atas di blog anda (jangan tengok kat blog aku, sebab memang dah takde sebab dah delete! :), perasan tak ada satu line tertulis perkataan seperti report abuse, share, search, sign out dan sebagainya,  function ini dipanggil Nav Bar, sebenarnya korang boleh buang terus benda ni, memang sangat menyemakan! tapi terpulang pada korang semua. haha

buang top navibar untuk keselamatan
 
Bagi pendapat aku la, dengan adanya Nav Bar, kalau ada orang nak dengki dan tidak puas hati dengan blog kita dia boleh tekan report abuse or Flag berulang kali, sampai blog kita tidak boleh akses kerana suspended seterusnya di banned , aku tak pernah kena sebab aku dah buang Nav Bar ini, haha, tapi korang boleh praktikkan di blog korang, emm untuk melindungi maklumat blog korang semua dan keseluruhannya. Di ruangan bawah, aku ada sediakan untuk korang panduan bagaimana untuk membuang top navbar ini, selamat mencuba!! Sharing is caring! cegah sebelum terlambat! tak salah kalau mencuba..hehe

Sebenarnya tak buang pun tidak mengapa, tak menjadi masalah pun, nak kekalkan pun boleh.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih