Banner blog safirulamar 2020 iklansafirul1

2 Jul 2012

Rezeki Dapat Ikan Kurau

Alhamdulillah, akhirnya dapat bawa balik ikan besar masa memancing hari itu, memang terkejut lah, tiba tiba joran bergoyang tiada angin tiada ribut, dalam hati, gembira dan tertanya ikan apakah ini, lain macam beratnya dan melawan dia.

Sampai je di rumah, terus beritahu emak dan minta mak masak kan, emak buat lauk kari pekat, memang halus dan lembut isinya macam ketam. Isi dia bukan main manis dan lembut, ikan ni macam ikan senangin, tapi emak aku kata, Ikan Kurau. emm, minggu depan ingat nak mancing lagi la.Pertama kali dapat ikan besar macam ini, di pantai.

Pertama kali, dapat ikan jenis baik macam ini. Selalu mancing dapat ikan gelama sahaja.Gembira mak, dapat makan ikan kurau.lembut isi ikan kurau katanya, ikan gred A, oh baru tahu. Rezeki Dapat Ikan Kurau


dapat ikan kurau di pantai pulau melaka


Mancing ni kena tengok nasib dan keadaan kita, sentiasa sabar dan berdoa padanya, redha dengan apa yang terjadi, kalau sudah tiada rezeki, maknanya tiada rezeki kita, pulang sahaja ke rumah, kadang-kadang dapat ikan kecik macam gelama dan anak sembilang, tapi kalau kena hari dan tempatnya serta keadaan air, boleh dapat lagi besar dari gambar kat atas tu. hehe. Minggu depan , target pari dan siakap pula! Insyaallah! hehe

Anda Mungkin Meminati :

1 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih