Peh, semalam kena saman trafik dengan encik polis ala-ala gaya roadblok speedtrap. Semasa kena tahan, sempat memberi hujah pada encik polis yang berbunyi seperti 'eh saya pakai tali pinggang tuan. kenapa nak saman saya pula?'

Encik polis membalas ,'awak pakai depan saya je, sebelum ni awak tak pakai pun, budak saya dah perhatikan dari awal lagi, memang awak tak pakai. pergh, ada pengintip rope-ropenye di berberapa kilometer dari roadblok tu! .haha, so diam jelah, sebab dah buat salah, tak boleh nak keledek! haha

Hancur lebur hati ini, bila Terima Surat Cinta Dari Polis Trafik, kena saman trafik, mandatori rm 300 pula tu!!! Mahal,  ada diskaun eh?? encik polis tu kata, kalau bayar sebelum tarikh yang ditulis dalam kompaun boleh dapat kurang. so, kena bayar cepatla sebelum tarikh akhir.Di kaunter pondok polis, di suatu tempat yang lain. Aku panik dan mengelabah bila makcik polis kata tak dapat diskaun, ini mandatori, katanya, awak kena bayar RM 300.00 juga! Terpaksalah sediakan RM 300 dik, adoyai telokop duit aku, tak dapat diskaun dik! makcik polis berpangkat tinggi tu senyum je. Memang la senyum, bukan duit dia yang kena keluar ! Atas jasa baik makcik polis, aku berjaya mendapat diskaun gila-gila macam hari jcard.haha. terima kaseh makcik polis, bukan calang calang rope-ropenye pangkat makcik polis tu.Tapi makcik polis tu garang. 

Terima Surat Cinta Dari Polis Trafik


Makcik polis sempat menceramahi dan memarahi aku, bertalu talu juga lah kena tala, dan aku mengaku aku buat salah, dan bersalah. Bila dah buat salah tu terima jelah kesalahan tu dengan rasional. hehe.Lepas ni comfirm pakai seatbell ! jangan main-main ar, serik! Selepas membayar dengan kadar diskaun yang sangat munasabah, makcik tu kata, sebenarnya, bila awak minta maaf dan mengaku awak bersalah, tu yang menyebabkan saya beri diskaun. Aku pandang muka makcik polis tu, dan beritahu dia lagi sekali, SAYA BERSALAH PUAN.

Itulah kunci bagi mendapat diskaun, minta maaf, dan mengaku bersalah, lagi kita berkeras marah marah, lagi satu apa tak dapat. 

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.