banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Kamis, Mei 03, 2012

Lipas yang biadap

Kenapa boleh ada lipas di dalam kereta aku ? pelik, dari mana datangnya beliau? entah-entah, bukan lipas je yang ada, mungkin ada lipan, ikan gelama, sarang burung layang-layang, ular daun dan macam-macam lagi la. 

Rupa-rupanya bukan dalam kereta aku je yang ada serangga ni, kat kereta member-member aku pun banyak! haha. Kalau nak beli umpan buat mancing, dah takpayah nak beli cengkerik kat kedai!, kutip dalam kereta je...haha, emm kalau tanam sayur dalam kereta boleh tak?

Orang kata kalau parking bawah terik panas matahari, buka sedikit tingkap agar bahang dan "gas beracun" yang datang dari body car plactic fiber terbebas! emm....kemungkinan ada logik disitu! dan seterusnya dapat membebaskan bahang kepanasan!Nah, disebabkan teori itulah mungkin lipas masuk dari celahan tingkap yang terbuka sedikit? Aku memang suka parking bawah pokok dan makan dalam kereta. So kesimpulanya, jika anda tidak mahu lipas mengekori kemana sahaja anda pergi, janganlah parking bawah pokok dan letakkan tong sampah mini di dalam kereta anda agar sisa makanan dapat dibuang di tempat yang sepatutnya. 

Bakat terpendam

Aku tak sangka yang aku rupa-rupanya terer memasak, bukan setakat Nasi goreng pataya, kampung dan paprik, asam pedas dengan sayur masak ape jenis pun boleh,  hebat kan aku!...haha

Andai aku diberi peluang untuk menjawab soalan orang-orang yang bertanyakan soalan seperti Apakah Cita-Cita Awak? Comfirm aku akan menjawab Tukang Masak atau Chef la weh! haha

Buang Top Navbar

Korang ada blog sendiri tak? rugilah korang kalau takde blog sendiri! kalau korang perasan di area paling atas di blog anda (jangan tengok kat blog aku, sebab memang dah takde sebab dah delete! :), perasan tak ada satu line tertulis perkataan seperti report abuse, share, search, sign out dan sebagainya,  function ini dipanggil Nav Bar, sebenarnya korang boleh buang terus benda ni, memang sangat menyemakan! tapi terpulang pada korang semua. haha

buang
 
Bagi pendapat aku la, dengan adanya Nav Bar, kalau ada orang nak dengki dan tidak puas hati dengan blog kita dia boleh tekan report abuse or Flag berulang kali, sampai blog kita tidak boleh akses kerana suspended , aku tak pernah kena sebab aku dah buang Nav Bar ini, tapi korang boleh praktikkan di blog-blog korang, emm untuk melindungi maklumat blog korang semua dan keseluruhannya. Ada screen shot disediakan untuk korang, selamat mencuba!! Sharing is caring! cegah sebelum terlambat! tak salah kalau mencuba..hehe


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi